ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia perkenal program perkhidmatan selepas jualan smartCare

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia memperkenalkan smartCare, program perkhidmatan selepas jualan yang direka untuk memastikan kebolehgunaan semua kenderaan smart dan menyediakan sokongan proaktif kepada pemilik smart sedia ada.

Ia merangkumi pelbagai perkhidmatan dan ciri produk yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan premium serta mengekalkan standard keselamatan dan kebolehpercayaan kenderaan smart.

Program smartCare memperkenalkan lapan ciri penting kepada ekosistem perkhidmatan selepas jualan smart yang merangkumi:

  • Pengalaman Digital yang terbaik
  • Pengurusan Bateri serta Perkhidmatan Selepas Jualan iaitu Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi (HV) secara langsung
  • Perkhidmatan Digital Selepas Jualan melalui Aplikasi Hello smart
  • Pembaikan Bateri HV Tempatan
  • Rakan Gudang dan Logistik
  • Kemudahan Outlet Servis dengan Bilik penyimpanan Bateri HV
  • Pengecas EV di seluruh Pengedar smart
  • Juruteknik yang berkelayakan dan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (Body & Paint)

Sistem Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi secara langsung direka khas untuk menawarkan solusi pencegahan bagi isu yang berpotensi berlaku melalui pemantauan kesihatan bateri secara langsung di dalam kenderaan smart.

Sistem ini membolehkan kereta menghantar notifikasi terus ke smart Central, bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan segera dalam mengekalkan prestasi dan kebolehpercayaan yang optimum.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Untuk sebarang pertanyaan, pemilik boleh menghubungi Pusat smartCare di talian 1-800-22-8877 bagi memastikan sokongan serta bantuan segera untuk kenderaan mereka apabila diperlukan.

Kerjasama smart dengan perkhidmatan pembaikan bateri HV tempatan juga antara ciri yang terdapat pada smartCare.

Kolaborasi dalam pengurusan bateri membolehkan smart Malaysia menyediakan pembaikan dengan segera dan mesra alam dalam menggunakan semula komponen yang berfungsi.

Juruteknik bateri yang berkelayakan di pusat pembaikan tempatan smart komited untuk memberikan tahap penjagaan yang terbaik bagi kenderaan smart.

Selain itu, rakan pasukan di smart Malaysia yang terdiri daripada pakar EV yang terlatih disokong oleh smart Central di China, memastikan perkhidmatan selepas jualan yang bertaraf tinggi melalui latihan intensif yang berterusan dan pengetahuan terkini mengenai teknologi EV.

smart Malaysia menjalinkan kerjasama dengan penyelia gudang dan logistik yang dipercayai untuk memastikan alat ganti kenderaan yang tersedia dapat diuruskan dengan efisien. Lebih daripada 3,000 SKU dan 10,000 alat ganti di dalam unit penyimpanan stok.

Kerjasama ini mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan bagi pemilik smart yang memerlukan pembaikan kereta dengan segera.

smart Malaysia merupakan satu-satunya jenama yang mempunyai Bilik Bateri Bervoltan Tinggi yang khas dan unik. Bilik ini memastikan semua penyimpanan bateri dalam keadaan yang baik dan sebarang tugasan dilakukan dengan selamat dan terjamin.

smart Malaysia juga telah memperkenalkan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (B&P) yang terletak di smart Ipoh, smart KL B&P, dan smart Penang.

Kesemua kemudahan ini serba lengkap dalam mengendalikan perlbagai perkhidmatan seperti tuntutan insurans, penggantian cermin hadapan, perkhidmatan cat dan pembaikan kenderaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Perkhidmatan ini menyediakan alat ganti tulen kepada pelanggan, memastikan kelestarian status waranti kenderaan dan mengekalkan standard kualiti yang tinggi.

Di samping itu juga, kesemua 10 pengedar smart di seluruh negara dilengkapi dengan pengecas EV, menawarkan akses yang mudah kepada kemudahan pengecasan AC dan DC kepada semua pemilik EV.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, smartCare adalah bukti komitmen mereka dalam menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang luar biasa dan sokongan kepada pelanggan smart.

smart Malaysia akan menganjurkan Program Hari Pelanggan smartCare dan ingin menjemput semua pemilik kereta smart untuk menyertai sesi informatif dan interaktif ini.

Pelanggan boleh belajar dan mendalami penerangan teknikal, di mana pakar produk smart akan berkongsi maklumat mengenai operasi kenderaan, prosedur pengecasan dan juga tips penyelenggaraan.

Demonstrasi secara langsung akan mengajar pelanggan cara-cara untuk melakukan pemeriksaan kenderaan, menjalankan tugas penyelengaraan asas, dan mengoptimumkan prestasi kenderaan smart mereka.

Selain itu, para pelanggan juga akan mendapat faedah daripada tips PRO smart mengenai pemeriksaan keadaan tayar, pemantauan lampu kenderaan, pengurusan julat bateri, pengetahuan bila perlu menukar pengelap cermin hadapan kenderaan dan banyak lagi.

Destinasi seterusnya adalah di smart Ipoh dan smart Alor Setar pada 22 Jun 2024, jam 10 pagi. Dengan smartCare pelanggan akan menikmati:

  • Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 tahun atau 200,00km
  • Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km
  • Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
  • Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan.

Nikmati ketenangan fikiran dengan Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7 bagi memastikan pengalaman pemanduan bebas masalah dan kebimbangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply