ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skuter Lambretta X250 dan G350 versi CKD tiba di Malaysia – Harga dari RM22,800

Berita Tempatan

Views

Skuter Lambretta tiba secara rasminya di Malaysia menerusi dua model pemasangan tempatan (CKD), iaitu X250 dan G350.

Kedua-dua model skuter ini dipasang secara tempatan (CKD) oleh Mofaz Motosikal Sdn Bhd (MOMOS) khusus untuk Malaysia. Skuter Lambretta diimport oleh MOMOS dan dihasilkan secara global di Thailand.

Berikut adalah harga bagi Lambretta X250 dan G350 versi CKD (tidak termasuk pendaftaran dan insurans):

  • Lambretta X250 – RM22,800
  • Lambretta G350 – RM 29,800 

Lambretta X250 boleh didapati dalam pelbagai warna seperti Perak, Hijau, Putih, Hitam dan lain-lain, manakala Lambretta G350 tersedia dalam tiga warna iaitu Merah, Putih, dan Hitam.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Lambretta X250

Digelar ‘Neo Mod’, ia menampilkan jeriji yang unik dan lampu ekor Lambretta X yang cukup terang dan jelas. Lambretta X250 menampilkan enjin silinder tunggal 250cc empat-injap dengan sejukan cecair yang menjana 24.8 kuasa kuda pada 8,250 rpm dan 24.5Nm daya kilas pada 6,250 rpm.

Dari segi ciri keselamatan, X250 dilengkapi dengan suspensi double-pulled arm link pada bahagian hadapan dan belakang, bersama-sama dengan sistem brek ABS.

Lambretta X250 dilengkapi dengan sistem menghidupkan enjin tanpa kunci pintar, serta paparan meter jenis analog bersama Paparan Kristal Cecair (LCD).

Lambretta G350

Lambretta G350 merupakan skuter premium yang menampilkan seni bina monocoque. Ia dilengkapi dengan lambang ‘Stile Milano’ dan tempat duduk balutan kulit premium.

Ia dijana oleh enjin silinder tunggal 330.1cc dengan sejukan cecair yang menghasilkan 25.8 kuasa kuda pada 7,500 rpm dan 25.5Nm daya kilas pada 6,250 rpm.

Dari aspek keselamatan, Lambretta G350 didatangkan dengan sistem brek ABS yang canggih dan suspensi pautan lengan berkembar.

Skuter ini turut dilengkapi pelbagai ciri moden, termasuklah paparan digital TFT yang jelas, serta pencahayaan LED penuh di hadapan dan belakang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Reka bentuk heksagonnya yang terkenal, diilhamkan oleh sejarah Lambretta, menggabungkan elemen klasik dan kontemporari. Selain itu, terdapat pengecas USB yang diletakkan dalam kotak sarung tangan untuk mengecas peranti pintar.

Lambretta X250 dan G350 kini boleh didapati di kedai-kedai rasmi Lambretta di Malaysia:

Lambretta Penang
269 Jalan Kulim, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Whatsapp: 016-7362591

Lambretta Kuala Lumpur
28, Lorong Perusahaan Ringan 1, Kawasan Perindustrian Ringan, 68100 Batu Caves
Whatsapp: 016-3373319

Lambretta Kuching
MG23 & MG23A, City One Shopping Mall, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak
Whatsapp: 010-9781680

Lambretta Johor Bahru
No.5, Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau, 80050, Johor Bahru, Johor
Whatsapp: 017-7962088

Lambretta Selangor (Akan Dibuka)
26, Jalan Bestari 6D, Bandar Bestari, 41200 Selangor
Whatsapp: 010-8093259

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply