ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby Motors lancar pusat servis sehenti berbilang francais, DRIVECARE

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan sebuah pusat servis sehenti berbilang francais yang dibuka khas untuk memenuhi keperluan pemilik kereta daripada semua segmen dan jenama, iaitu DRIVECARE.

Inisiatif ini bertujuan menawarkan harga yang berpatutan, kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan, disokong oleh kepakaran juruteknik SDM yang terlatih.

DRIVECARE sedia diperluas ke semua pasaran Asia Tenggara, diikuti oleh pelancaran meliputi operasi SDM di seluruh rantau Asia Pasifik.

Dengan memanfaatkan kepakaran automotif SDM yang luas dan kelengkapan yang canggih, DRIVECARE menjanjikan pengalaman luar biasa bagi perkhidmatan dan penyenggaraan kereta pada harga yang berdaya saing.

Pelanggan DRIVECARE boleh menikmati kemudahan yang disenggarakan dengan baik, ruang kerja teratur dan ruang menunggu yang selesa.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Kemudahan terkini dan peralatan canggih di DRIVECARE memastikan bahawa setiap kenderaan mendapat perhatian dan penjagaan rapi daripada pasukan juruteknik berpengalaman.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham, berkata, DRIVECARE mencerminkan komitmen pihaknya untuk meluaskan kemudahan penjagaan kenderaan terbaik kepada rakyat Malaysia.

Tambah beliau, DRIVECARE bakal menetapkan penanda aras baharu bagi kecemerlangan perkhidmatan lepas jualan.

Kemudahan DRIVECARE turut disokong Sime Darby Auto Selection, jenama dipercayai Sime Darby Motors bagi kenderaan terpakai, menawarkan pilihan kos rendah untuk membeli kereta baharu.

DRIVECARE beroperasi di dalam kemudahan Auto Selection, menjamin perkhidmatan dan sokongan lancar bagi pembeli kenderaan pramilik.

Pusat servis rasmi DRIVECARE di Lot 33 Glenmarie dan Chan Sow Lin, kini telah dibuka dan sedia untuk memenuhi segala keperluan pelanggan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bermula dari 26 Jun hingga 31 Julai 2024, DRIVECARE mengadakan promosi istimewa, termasuk jaminan untuk alat ganti dan mutu kerja bagi semua jenama, bermula dari 6 bulan ke atas (tertakluk kepada terma dan syarat).

Antaranya termasuk pemeriksaan kenderaan percuma, diskaun 20 peratus untuk caj alat ganti dan upah, seta set bilah pengelap cermin dengan setiap penggantian cermin depan.

Untuk menambah baik pengalaman pelanggan, semua servis dalam tempoh promosi akan menerima khidmat cucian kereta dan satu produk Liqui Moly secara percuma.

DRIVECARE turut menawarkan promosi tempoh terhad bagi pelanggan yang menghantar dua kenderaan untuk diservis.

Seramai 100 pelanggan pertama yang membawa kereta kedua untuk servis akan menikmati diskaun 50 peratus bagi minyak enjin, tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran hanya sah untuk kenderaan yang didaftarkan di bawah pemilik yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply