Sime Darby Auto Connexion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal Ford di Malaysia, telah meluaskan rangkaian pengedarannya di Sabah dan Sarawak, sejajar dengan komitmennya untuk menambah baik perkhidmatan pelanggan di Malaysia Timur.
Dengan dua kemudahan khusus baharu yang menawarkan khidmat servis di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan di Kapit dan Mukah, kini terdapat 11 pengedar yang bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di sana.
Buat masa ini, rangkaian pengedar di Sarawak merangkumi Kuching (SDAC), Sibu (Ngu Brothers), Miri (ALV Brothers), Bintulu (Ngu Brothers), Kota Samarahan (Jimisar Motors) dan dua pusat servis khusus di Kapit dan Mukah.
Manakala di Sabah, terdapat dua pengedar di Kota Kinabalu (Boston Auto and Rightpower Corporation), serta di Sandakan (Boston Auto) dan Tawau (TB Automotive).
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Antara kemudahan terbaharu termasuk bilik pameran Sibu yang dinaik taraf di bawah Ngu Brothers. Bilik pameran ini menawarkan persekitaran yang mesra dan moden dengan kemudahan yang ditambah baik.
Ruang istirahat pelanggan dan ruang pameran bertingkat kenderaan Ford memberikan perspektif menarik bagi bilik pameran seluas 6,135 kps ini, ia menunjukkan standard kecemerlangan pelanggan Auto ConneXion yang tinggi di serata Malaysia Timur.
Pengarah Urusan, Auto ConneXion, Turse Zuhair berkata, Malaysia Timur terus menjadi pasaran pertumbuhan utama bagi Auto ConneXion seperti yang dilihat daripada permintaan kukuh dan konsisten pada 2024.
Tambahnya, perluasan rangkaian ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menghasilkan pengalaman pelanggan bertaraf dunia, sambil menaikkan taraf perkhidmatan dengan menyediakan produk dan perkhidmatan automotif berkualiti di Malaysia Timur.
Jelas beliau, perkhidmatan mereka bukan sahaja terhad kepada pusat-pusat bandar utama, malah turut tertumpu kepada kawasan yang kurang menerima perkhidmatan seperti Kapit dan Mukah.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Alat Ganti Tulen Ford Motorcraft Genuine juga kini boleh didapati di semua wakil penjual sah Ford di Malaysia Timur pada harga berpatutan. Stok alat ganti yang tersedia ini direka dengan ciri-ciri keselamatan, prestasi dan ketahanan yang dijamin untuk kenderaan Ford, disertai dengan waranti Ford dan memenuhi piawaian global.
Para pelanggan dijemput untuk mengunjungi pusat pengedar baharu ini untuk meninjau tawaran terbaharu Ford, termasuk penjimatan sehingga RM8,000 atau Pelan Servis Ford Blue Oval selama 5 Tahun.
Ini termasuk penjimatan sehingga RM2,000, selain menikmati layanan luar biasa dan mendapatkan Alat Ganti Tulen Ford Motorcraft yang berkualiti untuk prestasi kenderaan optimum.
Auto ConneXion terus meneroka dan meluaskan rangkaian pengedarnya serta mengukuhkan komitmen untuk menetapkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan pelanggan.
Usaha ini membuktikan dedikasinya untuk memberikan ketenangan fikiran bagi pelanggan di Malaysia Timur dengan pengalaman pemilikan yang memuaskan, dipercayai dan berbaloi.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI