ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK: Delegasi wakil pengedar Proton e.MAS dah ‘pandu uji’ Geely Galaxy E5 di China, anggaran harga bawah RM120k?

Info

Views

Ini informasi terbaharu yang kami diterima daripada ejen perisik tersohor kami, iaitu Mat Bond berkenaan dengan calon model EV pertama Proton e.MAS.

Kata Mat Bond, delegasi beberapa wakil pengedar Proton e.MAS yang terpilih telah dibawa oleh pihak pengurusan Proton ke China beberapa bulan lalu untuk memandu uji model Geely Galaxy E5.

Difahamkan model SUV elektrik itu besar kemungkinan bakal menjadi calon model EV pertama dari jenama Proton e.MAS.

Galaxy E5 yang diuji oleh delegasi tersebut dikatakan masih lagi unit pemanduan kiri (LHD) untuk pasaran tempatan di China.

Tambah Mat Bond, ada spekulasi awal mengatakan Galaxy E5 versi pemanduan kanan (RHD) dengan lencana Proton e.MAS akan dijual pada harga anggaran di bawah RM120,000.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Walau bagaimanapun, ia bukanlah harga sebenar model tersebut hanya akan diketahui semasa hari pelancaran rasminya yang dijadualkan pada bulan Disember nanti.

Pada ketika ini, 17 pengedar Proton e.MAS terawal difahamkan sedang giat membina bilik pameran di lokasi masing-masing.

Galaxy E5 merupakan model pertama Geely Galaxy yang dibangunkan untuk pasaran domestik dan eksport.

Di China, ia dijual pada julat harga yang dijangka antara 130,000 yuan hingga 170,000 yuan (RM 84,251 hingga RM 110,174).

Berikut adalah fakta ringkas mengenai Geely Galaxy E5:

  • Dibangunkan dari pelantar Seni Bina Elektrik Geely (GEA), yang diperoleh daripada Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA).
  • Pelantar GEA boleh digunakan untuk rangkaian kuasa EV, EREV, PHEV dan metanol hijau.
  • Ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,750 mm.
  • Menggunakan sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1 yang merangkumi 11 peranti utama seperti motor, kawalan elektronik dan pengurang. Berat sistem ini ialah 79.8 kg dan isipadu hanya 72 liter.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

  • Kecekapan komprehensif adalah sehingga 90.04 peratus dan penggunaan kuasa serendah 11.9 kWj setiap 100 km.
  • Dipacu motor elektrik berkuasa 160 kW dengan masa pecutan 0-100 km/j, dalam tempoh 6.9 saat dan mampu mencatat kelajuan maksima mencecah 180 km/j.
  • Menggunakan bateri litium besi fosfat, ‘Aegis‘ yang dibangunkan sendiri oleh Geely dengan kapasiti 49.52kWj dan 60.22kWj (jarak pandu antara 440 km dan 530 km mengikut kitaran CLTC).
  • Dilengkapi dengan cip Infineon TC397 bagi membolehkan kecekapan komunikasi yang tinggi dan tindak balas kuasa yang cepat.
  • Kerangkanya lebih kukuh dengan menyepadukan bateri ke dalam badan, atau ‘sel-ke-badan’ (CTB).
  • Ia turut dilengkapi dengan sistem anti-gelincir pemaduan semua cuaca (G-TCS) yang membolehkannnya lulus dalam ‘ujian Moose’ pada kelajuan 78 km/j.
  • Model ini dilengkapi dengan sistem pemulihan tenaga pintar 4-kelajuan yang melaraskan daya brek dalam masa nyata berdasarkan jarak kenderaan, kesesakan jalan raya dan maklumat tanjakan.
  • Pelanggan boleh memilih dua saiz rim berbeza, iaitu 18 dan 19-inci.

Rekaan kabin Galaxy E5 menampilkan dua skrin LCD yang menjadi paparan instrumen dan paparan untuk pemandu. Ia turut dilengkapi skrin unit inforia jenis terapung bersaiz besar di tengah papan pemuka.

Galaxy E5 menggunakan sistem Flyme Auto yang dibangunkan bersama Meizu. Sistem Galaxy E5 dikuasakan oleh cip automotif 7 nmDragon Eagle-1 yang pertama dihasilkan secara domestik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply