ARKIB

KATEGORI

Buletin

Renault lancar Grand Koleos di BIMOS 2024, kembar Geely Monjaro untuk pasaran Korea

Berita Global

Views

Renault Korea semalam telah melancarkan model crossover saiz sederhana, Grand Koleos di pameran Busan International Motor Show 2024 (BIMOS 2024).

Model ini sebenarnya merupakan ‘kembar’ kepada Geely Monjaro/GeelyXingyue L di pasaran China. Ia dibina berasaskan pelantar Compact Modular Architecture (CMA), dan dikuasakan oleh pilihan rangkaian kuasa pembakaran dalaman (ICE) dan juga PHEV.

BIMOS 2024 yang membuka tirainya semalam merupakan salah satu pameran automotif terbesar di Korea yang disertai oleh beberapa jenama besar seperti Renault, Kia, Hyundai, BMW, Genesis dan banyak lagi.

Dari segi dimensi, Grand Koleos mempunyai ukuran panjang 4,780 mm, manakala jarak tapak rodanya 2,820 mm. Menurut wakil Renault Korea, jarak tapak Grand Koleos merupakan yang terpanjang dalam kelasnya.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Dari segi reka bentuk, Grand Koleos memiliki banyak persamaan dengan Monjaro, terutama sekali siluet badan secara keseluruhan termasuk rekaan lampu hadapan LED dan rekaan lampu belakang yang hampir sama.

Perbezaan yang paling ketara adalah rekaan jeriji yang memaparkan butiran kemasan berbentuk berlian, serta bentuk bampar depan dan belakang serba baharu yang lebih sporty.

Bentuk bucu tingkap belakang pada tiang-D juga berbeza dengan Grand Koleos memiliki bentuk yang agak runcing, manakala Monjaro pula nampak lebih melengkung.

Lekuk pada garis bahu pada kedua-dua model ini juga berbeza dengan Grand Koleos kelihatan agak bersegi, manakala Monjaro pula lebih lembut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Meskipun luarannya kelihatan agak berbeza, namun bahagian luaran Grand Koleos hanya menampilkan sedikit sahaja kelainan.

Ia masih mengadaptasikan rekaan dalaman dengan kembarnya dengan kombinasi dua skrin pada konsol tengah papan pemuka.

Ruang kosong pada bahagian tengah dimanfaatkan dengan baik dengan meletakan pad pengecasan nirwayar, selain tombol gear dan dua pemegang cawan.

Dari segi pilihan rangkaian kuasa, varian ICE Renault Grand Koleos dijana oleh enjin 2.0-liter turbocas yang dipadankan dengan trasmisi 7-kelajuan dwicekam (7 DCT).

Varian PHEV turut ditawarkan dengan kombinasi enjin 1.5-liter yang digandingkan bersama motor elektrik dan kotak gear DHT. Output keseluruhannya mampu mencecah 245 kuasa kuda.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Korea Herald

Geely Monjaro

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply