Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) hari ini merasmikan pembukaan pusat pameran Ford 3S terbaharunya di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Pusat 3S yang terbesar di “Pulau Mutiara” dengan kemudahan seluas 46,000 kaki persegi ini dibina dengan pelaburan sebanyak RM16.6 juta. Ia merupakan kemudahan tambahan dalam rangkaian luas Auto ConneXion di kawasan Utara.
Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan berkata, pusat pameran ini mencerminkan usaha gigih pihaknya untuk terus menaik taraf pengalaman pelanggan.
Pengarah Urusan Auto ConneXion, Turse Zuhair pula berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan kemudahan yang serba canggih ini untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka di kawasan utara.
Tambahnya, sejajar dengan inisiatif global Ford, pelaksanaan Pengalaman Tetamu Ford di pusat pameran ini akan menambah baik interaksi pelanggan pada setiap langkah kunjungan mereka ke sini.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Pelanggan akan menerima layanan peribadi oleh penyambut tetamu sebaik sahaja melangkah masuk ke sini, Pusat 3S ini menampilkan ruang dalam yang selesa sesuai untuk pelanggan menikmati Pengalaman Ford, manakala proses digital yang teratur dan lancar akan menjamin kecekapan.
Penggabungan Alat Jualan Digital Ford menekankan lagi proses yang interaktif dan cekap. Disokong oleh sepasukan 38 perunding jualan dan selepas jualan yang sangat terlatih, pelanggan boleh menikmati pengalaman luar biasa sejajar dengan piawaian global Ford.
Bilik pameran terbaharu ini direka rapi berpaksikan identiti Ford yang tersendiri, menjanjikan pengalaman pelanggan yang mesra dan berfokuskan pelanggan.
Ia boleh mempamerkan enam buah kenderaan dan mempunyai bilik penyerahan kenderaan yang direka khas, serta menempatkan sejumlah 16 ruang servis dan sebuah pusat alat ganti.
Lokasinya terletak di Lot 6984, Jalan Baru, Mukim 1, 13700, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Waktu operasi bilik pameran bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Sabtu, dan dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Ahad dan cuti umum.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Perkhidmatan selepas jualan pula disediakan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu.
Kira-kira 7 kilometer dari situ, sebuah Pusat Baik Pulih & Cat Badan Kenderaan yang baharu seluas 28,000 kaki persegi menawarkan rangkaian perkhidmatan baik pulih badan kenderaan, semburan cat, penggantian cermin depan dan penggilapan.
Pusat tersebut dilengkapi dengan lima ruang servis mekanikal, dengan mampu untuk menerima sehingga 20 buah kenderaan sebulan untuk kerja baik pulih badan kenderaan.
Pelanggan boleh menempah khidmat baik pulih badan kenderaan dengan menghubungi talian 019-330 2536. Ia terletak di 11A, Jalan Saga Jaya 1, Taman Perindustrian Saga Jaya, 13600 Perai, Penang.
Seiring dengan pembukaan tersebut, pada bulan Februari para pelanggan boleh menikmati Pelan Servis Oval Blue Ford selama 5 Tahun secara percuma dan menerima penjimatan sehingga RM8,000.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI