ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Waja dan Wira sangat digemari penyeludup bahan api

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 90 peratus daripada 550 kenderaan yang disita dalam tempoh tiga tahun lepas, telah diubah suai tangki untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api seperti petrol dan diesel.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, berkata kenderaan diubah suai adalah keluaran tempatan daripada model sedan atau hatchback seperti Proton Wira dan Proton Waja, yang sudah uzur dan tidak mempunyai cukai jalan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Kereta berkenaan diubah suai sehingga mampu mengisi hampir 200 liter bahan api untuk sekali pengisian.

“Sebenarnya taktik penyeludup ini ada pelbagai cara termasuk membuat pengisian menggunakan tong namun taktik itu mudah dihidu pihak berkuasa berbanding menggunakan tangki ubah suai.

“Bagi yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda taktik ini agak sukar dikesan kerana tangkinya sudah besar kecuali mereka didapati membuat pembelian berulang di stesen-stesen,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Azman, pihaknya juga telah mengesan wujudnya bengkel-bengkel yang membuat ubah suai tangki berkenaan termasuk di Pengkalan Tumpat dan Rantau Panjang.

Katanya, perbincangan akan diadakan dengan agensi berkaitan terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mencari jalan terbaik berkaitan kenderaan ubah suai tangki itu.

Sementara itu, Azman berkata sebanyak 29,932 liter petrol RON95 dan 68,858 liter diesel telah disita sejak Januari hingga semalam. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AutoData1 dan WapCar.my

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply