ARKIB

KATEGORI

Info

Proton Saga MC3@AMA01: Info yang kami tahu setakat ini

Info

Views

Proton pada ketika ini sedang giat menguji model Saga MC3@AMA01 dan unit ujiannya dilihat kerap berkeliaran di sekitar Lembah Klang dan juga beberapa lokasi lain di semenanjung Malaysia.

Apa yang pasti, model major facelift dengan beberapa perubahan besar luaran dan dalaman, serta casisnya yang turut diperkukuhkan itu akan dilancarkan tahun ini selepas X50 FL (facelift).

Imej janaan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI)

Setakat ini, kami juga telah memperoleh beberapa informasi berkenaan Saga MC3@AMA01. Berikut kami cerakinkan informasi tersebut:

Casis

Seperti yang kami pernah nyatakan sebelum ini, Saga MC3@AMA01 akan menggunakan pelantar AMA yag berasaskan pelantar model semasa yang telah dipertingkatkan.

Beberapa bahagian pada struktur casis model ‘major facelift‘ ini telah diperkukuhkan bagi membolehkannya memenuhi syarat ujian perlanggaran hadapan dan juga sisi.

Imej janaan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI)

Difahamkan ada beberapa variasi model akan dihasilkan daripada pelantar AMA selain model sedan (Saga MC3) dan salah satunya adalah crossover/SUV mini yang akan bersaing dengan Perodua Ativa.

Model crossover/SUV mini dijangka menyusul setahun selepas pelancaran Saga MC3 dan kemudian diikuti oleh beberapa versi model lagi pada tahun-tahun yang berikutnya.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Rangkaian kuasa

Saga MC3@AMA01 akan menjadi model pertama Proton yang menggunakan enjin empat silinder aspirasi alami (NA) dengan kod B+.

Berkemungkinan, enjin ini diambil dari keluarga enjin Geely BHE15 yang mempunyai beberapa variasi untuk ICE, HEV, PHEV dan REEV.

Untuk Saga MC3@AMA01, kami berpendapat enjin yang digunakan nanti adalah adalah versi tanpa turbo enjin yang akan digunakan pada X50 FL dengan kod BHE15-BFN.

Enjin 1.5 liter empat silinder aspirasi alami (NA) ini mampu menghasilkan 110 kuasa kuda dan 136 Nm daya kilas. Lebih menarik, ia akan dipadankan dengan dua pilihan transmisi iaitu automatik 4-kelajuan (Aisin) dan CVT2+ (Punch).

Pilihan varian

Saga MC3@AMA01 bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian asas (Standard) hingga ke varian mercu (Flagship).

Varian-varian ini didatangkan dengan pilihan transmisi yang berbeza, dua varian dengan transmisi automatik 4-kelajuan, manakala baki dua varian lagi akan menggunakan transmisi CVT.

Kami menjangkakan susunan variannya adalah seperti berikut, jika merujuk kepada pilihan varian pada model semasa (Saga MC2):

    • Standard (4AT)
    • Executive (4AT)
    • Premium (CVT)
    • Flagship (CVT)

Reka bentuk luaran

Jika dilihat kepada unit ujian yang sedang berada di jalan raya ketika ini, Saga MC3@AMA01 bukanlah model rekaan baharu sepenuhnya dan tidak mengalami perubahan secara total.

Ia masih lagi mengekalkan sebahagian besar reka bentuk model semasa, terutama sekali rekaan profil badan dan juga garis bumbungnya.

Imej janaan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI)

Pada bahagian depan, perubahan dijangka akan dibuat pada rekaan hud, lampu, rekaan jeriji ‘Infinite Weave‘ versi baharu, bampar dan juga dapra (fender). Rekaan bahagian sisi juga dijangka mengalami perubahan.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Di belakang, ia bakal menerima rekaan but baharu, lampu jenis LED dengan jejalur LED yang bersambung (kebarangkalian sahaja), bampar dan dapra (fender).

Dari segi pilihan rim, dikhabarkan ia akan diberi dua pilihan saiz rim berbeza iaitu 15-inci dan 16-inci.

Reka bentuk dalaman

Mesikpun kita masih belum melihat foto intip rekaan dalaman pada ketika ini, info dari ejen perisik Mat Bond mengatakan, akan berlaku perubahan besar pada ruang kabin Saga MC3@AMA01.

Imej janaan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI)

Dikhabarkan ia akan menampilkan rekaan papan pemuka rekaan baharu yang lebih canggih dengan panel instrumen yang kelihatan seolah-olah bercantum dengan unit inforia.

Selain itu ia akan menerima stereng baharu, tombol gear, dan juga kemasan pada tempat duduk serta panel pintu rekaan baharu.

Aspek keselamatan

Proton dilihat menitik beratkan aspek keselamatam Saga MC3@AMA01 dan buat pertama kalinya ia bakal dilengkapi dengan unit kamera untuk sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) pada cermin hadapannya.

Selain itu, beberapa bahagian pada struktur kerangkanya turut diperkukuhkan bagi membolehkan model ini memenuhi syarat ujian perlanggaran hadapan dan juga sisi, termasuklah ciri keselamatan aktif dan pasif yang lain.

Kami berpendapat, Proton menyasarkan model Saga MC3@AMA01 untuk memperoleh penarafan 5-Bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Besar kemungkinan Saga MC3@AMA01 akan diluncurkan pada suku keempat (Q4) tahun ini, manakala pengeluaran massanya dijangka bermula pada penghujung suku ketiga (Q3).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hasil janaan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI)

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply