ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perkenal varian baharu Ertiga Xtra

Views
Proton Ertiga Extra- harga dari RM56,773

Proton memperkenalkan varian baharu yang dikenali Ertiga Xtra semasa majlis penyampaian hadiah untuk pusingan akhir Proton 1-Tank Adventure. Masih kekal dengan pilihan varian iaitu Premium AT (gantian kepada varian Executive Plus), Executive AT dan Executive MT.

Apa yang membezakannya dengan model sebelum ini?

  • Di bahagian luar ia tidak melibatkan sebarang perubahan kosmestik dan masih sama dengan model sebelumnya kecuali warna jeriji hadapan yang lebih gelap berbanding model sebelumnya yang krom berkilat.
  • Perubahan yang agak ketara sebenarnya di bahagian dalam dan semua varian akan mendapat sarung fabrik tempat duduk dan sebahagian kemasan tepi panel pintu yang berwarna lebih gelap.
  • Ertiga Xtra turut dilengkapi sistem infohibur dengan skrin sentuh bersaiz 7-inci untuk penggunaan Bluetooth, Smart E-link dan pemain DVD. Untuk varian Premium ia ditambah dengan ciri navigasi GPS.

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

Ertiga Xtra masih mengekalkan enjin 1.4 liter DOHC dengan VVT dan sistem suntikan bahan api pelbagai titik yang mampu menjana 92 PS pada 6,000 rpm dan tork maksima 130 Nm pada 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan pilihan transmisi empat-kelajuan automatik dan lima-kelajuan manual.

Harga atas jalan dengan insuran serta GST kadar sifar untuk Ertiga Xtra bermula dari RM56,773 untuk varian Executive MT, RM59,525 untuk varian Executive AT dan RM62,278 untuk varian Premium. Harga dijangka akan mengalami perubahan setelah pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September nanti.

JOM BACA >> VIDEO : Pratonton Mazda 6 Facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply