ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton labur RM82 juta bina kilang EV – Fasa pertama selesai akhir tahun ini, kapasiti pengeluaran 20,000 unit setahun

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini mengadakan upacara pecah tanah pembinaan kilang pemasangan baharu untuk pengeluaran kenderaan elektrik (EV) bertempat di Tanjung Malim.

Dengan pelaburan berjumlah RM82 juta, fasa pertama pelan pemasangan EV syarikat ini dijangka selesai pada akhir 2025, dengan kapasiti pengeluaran awal 20,000 unit setahun.

Setelah siap, ia akan menghasilkan pelbagai model berdasarkan pelantar Seni Bina Modular Global (GMA) bermula dengan model EV pertama Proton, iaitu e.MAS 7.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, serta ahli-ahli kerajaan negeri dan exco. Pihak Proton pula diwakili oleh ahli lembaga pengarahnya, Ahmad Jauhari Yahya.

Sasaran pengeluaran model EV Proton di Tanjung Malim selaras dengan komitmen syarikat untuk menyokong rancangan perindustrian EV kerajaan Malaysia.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Ia berpandukan dasar-dasar yang termaktub dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Dasar Automotif Nasional (NAP 2020), Pelan Hala Tuju Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Baharu (NETR).

Sasaran adalah untuk pengeluaran model EV tempatan bermula menjelang akhir tahun 2025, sebelum semua operasi pembuatan Proton dipindahkan sepenuhnya di Tanjung Malim dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

Pelbagai teknologi pembuatan pintar digunakan untuk fasiliti pengeluaran terbaharu ini bagi memastikan produk berkualiti tinggi dihasilkan dengan kecekapan maksimum serta impak minimum kepada alam sekitar.

Garis pengeluaran ini menggunakan automasi tahap tinggi dalam operasinya dengan memanfaatkan robotik, pengurusan kilang berasaskan awan, Internet Pelbagai Benda (IoT) industri, dan teknologi yang berkaitan dengan IR 4.0.

Walaupun menggunakan operasi pengeluaran pintar, kilang baharu ini dijangka mewujudkan lebih 200 peuang pekerjaan dalam Perindustrian EV untuk komuniti tempatan.

Ini tidak termasuk kesan kepada vendor AHTV apabila mereka meningkatkan operasi untuk membekalkan bahagian-bahagian penting bagi pemasangan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Proton juga sudah mempunyai rancangan bagi fasa kedua kilang pengeluaran baharu ini sebagai persediaan untuk penerimaan dan permintaan EV yang semakin meningkat daripada pelanggannya.

Ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 45,000 unit setahun dan akan dilaksanakan berdasarkan permintaan daripada pembeli di pasaran Malaysia dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, syarikat memulakan peralihannya untuk menjadi OEM yang menawarkan model ICE dan EV sejak menubuhkan PRO-NET untuk menjual kenderaan pintar sebelum melancarkan e.MAS 7.

Kenderaan yang dikeluarkan di kilang baharu ini akan memenuhi keperluan pelanggan di pasaran tempatan dan eksport, serta menjadi pendorong kepada pertumbuhan pasaran EV.

Setelah siap, pengeluaran di kilang baharu ini akan tertumpu pada e.MAS 7 serta tawaran NEV masa hadapan apabila Proton mengembangkan rangkaian modelnya.

Tambah beliau, Proton juga berharap ia dapat mewujudkan ekosistem automotif yang moden dan berkemampuan untuk menggalakkan lebih banyak OEM mempertimbangkan Malaysia dan AHTV sebagai pangkalan serantau bagi EV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply