ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton e.MAS 7 kekal sebagai EV No. 1 di Malaysia selama tiga bulan berturut-turut

Berita Tempatan

Views

Proton e.MAS 7 masih lagi mengekalkan statusnya sebagai Kenderaan Elektrik (EV) No. 1 di Malaysia selama tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2025.

Dengan lebih 5,500 tempahan dan 1,800 unit telah diserahkan, SUV elektrik ini bukan sekadar mendahului pasaran, malah ia mencipta sejarah baharu untuk industri automotif negara.

Semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Proton e.MAS Pioneers, ramai pemilik berkongsi kepuasan mereka terhadap ruang kabin luas, teknologi keselamatan canggih, dan jenama Proton yang dipercayai.

Ramai juga yang yakin dengan jenama Proton dan merasa bangga memiliki EV buatan tempatan yang berkualiti tinggi.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, kejayaan e.MAS 7 membuktikan bahawa gabungan kepakaran global dan pemahaman tempatan mampu hasilkan sesuatu yang luar biasa.

Dibangunkan Secara Global, Disesuaikan Secara Lokal

Dibangunkan dari pelantar global yang disesuaikan dengan keadaan Malaysia, e.MAS 7 hadir dengan motor elektrik 160kW dan 320Nm daya kilas, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 6.9 saat.

Ia turut menggunakan bateri bilah pendek AEGIS generasi baharu yang boleh dicas pantas dari 30 ke 80 peratus dalam hanya 20 minit.

Bateri ini mampu mengekalkan tahap kesihatan 90.5 peratus selepas melalui 921 kitaran pengecasan penuh, bersamaan dengan jarak penggunaan sehingga 400,000 km.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Dengan jarak roda 2,750mm dan lantai kabin, e.MAS 7 menawarkan ruang dalaman terbaik dalam segmennya. SUV ini menawarkan ruang but maksimum 1,888L, tempat duduk berventilasi, dan sistem audio Flyme 1,000W dengan 16 pembesar suara.

Ciri seperti skrin sentuh 15.4 inci, paparan dongak (HUD), dan integrasi menerusi aplikasi e.MAS menghubungkan lebih 2,300 titik pengecasan awam di seluruh negara.

e.MAS 7 turut memperoleh penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP dan diuji ketahanannya dalam enam situasi ekstrem. Ia juga mampu meredah air sehingga kedalaman 400mm, menjadikannya sesuai untuk menghadapi banjir kilat di Malaysia serta jalan luar bandar.

Dengan harga bermula dari RM105,800 untuk varian Prime dan RM119,800 untuk varian Premium, Proton e.MAS 7 menawarkan nilai luar biasa dengan spesifikasi terbaik dalam kelasnya.

Ia kini boleh didapati di 31 cawangan e.MAS seluruh negara, dengan lebih banyak lagi cawangan akan dibuka sepanjang tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply