ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRO-NET tawar diskaun 30 peratus untuk caj pengecasan dari 29 Mac hingga 7 April 2025

Berita Tempatan

Views

Sempena meraikan ketibaan bulan Syawal tidak lama lagi, Proton New Energy Technology (PRO-NET) menawarkan diskaun istimewa 30 peratus untuk caj pengecasan EV dari 29 Mac hingga 7 April 2025.

Inisiatif ini memastikan pengalaman balik kampung akan lebih lancar dan harga pengecasan lebih berpatutan, disokong oleh rangkaian pengecasan EV terbesar yang semakin berkembang di Malaysia.

Sebagai model EV nombor satu di Malaysia, Proton e.MAS 7 telah mencetuskan fenomena, dengan mencatatkan pendaftaran EV tertinggi selama dua bulan berturut-turut.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Pencapaian luar biasa ini mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap jenama Proton e.MAS sebagai pilihan utama kenderaan elektrik negara.

PRO-NET menyediakan akses kepada lebih 2,000 titik pengecasan awam di seluruh negara, sekali gus menjadikannya rangkaian pengecasan bersepadu terbesar di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, sempena sambutan Hari Raya, mereka ingin menghargai pelanggan dengan memastikan perjalanan pulang mereka lebih mudah dan harga caj pengecasan lebih berpatutan.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Tidak kira sama ada anda memandu Proton e.MAS 7 atau model smart, anda berpeluang menikmati perjalanan tanpa sebarang masalah sambil memanfaatkan diskaun pengecasan 30 peratus untuk masa terhad.

Pemilik Proton e.MAS dan smart boleh menikmati tawaran istimewa ini di lebih 85 peratus stesen pengecasan awam.

Mereka hanya prlu menggunakan aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart untuk memulakan sesi pengecasan, dan diskaun akan diaktifkan secara automatik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply