Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah menganjurkan Rumah Terbuka eksklusif untuk pemilik Proton e.MAS 7 pada 12 April 2025 di Proton Centre of Excellence.
Acara ini, yang merupakan perjumpaan kali kedua tahun ini, menjadi medan istimewa bagi menghimpunkan pemilik dari seluruh negara dalam suasana meriah, penuh muhibah, dan sarat nilai kebersamaan.
Bertemakan semangat Syawal dan perjalanan ke arah elektrifikasi, lebih 200 tetamu hadir untuk berkongsi pengalaman, menjalin hubungan dan menyumbang idea ke arah masa depan mobiliti hijau di Malaysia.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Rumah terbuka itu juga menjadi wadah bagi pemilik memberikan maklum balas secara terus kepada wakil PRO-NET dan pakar teknologi, sekali gus memperkukuh kerjasama dalam membentuk ekosistem EV yang lebih baik.
Dalam ucapannya, CEO PRO-NET, Zhang Qiang berkata,
“Sambutan ini bukan sekadar perayaan, ia lambang penghargaan dan penyatuan. Proton e.MAS 7 tidak akan berjaya tanpa sokongan anda. Anda adalah nadi komuniti ini dan inspirasi kami untuk terus menambah baik setiap hari.”
Pemilik diberikan gambaran lebih dekat tentang pelan kemas kini Over-The-Air (OTA) yang bakal hadir dengan kawalan pengecasan melalui aplikasi, penalaan sistem ABS, penambahbaikan fungsi pra-pemanasan bateri, dan ciri baharu iaitu sistem buka kunci automatik selepas pengecasan selesai.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Para pemilik juga diberi tip penjagaan bateri dan perkembangan terkini ekosistem pengecasan EV yang kini merangkumi 90 peratus kawasan di Malaysia.
Pandangan pemilik turut mencerminkan keyakinan mereka terhadap e.MAS 7.
“Saya bangga memilih jenama nasional yang memahami keperluan kami,” kata Encik Azwan dari Perak, manakala En Amin menambah, “Yang paling penting, Proton sendiri sudi mendengar suara kami.”
Dengan 1,853 unit telah diserahkan pada suku pertama (Q1) 2025 dan pegangan pasaran EV mencecah 26 peratus, Proton e.MAS 7 terus kekal sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.
Rumah Terbuka ini bukan sahaja satu sambutan, malah sebagai simbol hubungan erat antara PRO-NET dan komuniti pengguna dalam memacu masa depan mobiliti yang lestari.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI