Tiga model kereta paling popular di Malaysia iaitu Perodua Myvi, Bezza, dan Axia kini berentap dalam kempen terbaru PolicyStreet: Battle of the Kings.
Misi mereka? Mencari kereta paling ‘bijak berjimat’, sambil memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati penjimatan hebat ketika memperbaharui insurans dan cukai jalan.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Bermula dari sekarang sehingga 30 Jun 2025, pemilik ketiga-tiga model ini boleh menikmati cukai jalan PERCUMA dengan mendaftar sebagai ahli Drive+, yang kini ditawarkan pada harga promosi RM39.90 sahaja (harga asal RM99.90).
Setiap pembaharuan insurans kereta menyumbang satu markah kepada model kereta tersebut. Model kereta dengan markah tertinggi akan dinobatkan sebagai “King of Savings“, yang melayakkannya untuk jualan kilat eksklusif dengan cukai jalan percuma!
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet, Yen Ming Lee, berkata, “Battle of the Kings” bukan sekadar pertandingan biasa. Ia peluang untuk berjimat sambil menyokong model kereta kegemaran dan pihaknya tidak sabar untuk melihat siapa bakal menjadi King of Savings!
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Berikut adalah manfaat lain sekiranya anda mendaftar untuk menjadi ahli Drive+:
- Ansuran tanpa faedah untuk insurans kereta.
- Pengecualian caj pemprosesan cukai jalan.
- Tawaran cukai jalan paling murah di pasaran dengan diskaun cukai jalan hingga 80 peratus untuk model kereta lain (terhad kepada RM72).
Papan pendahulu akan dikemas kini setiap bulan di media sosial PolicyStreet supaya anda semua tahu model kereta manakah yang mendahului carta tersebut. Jom sertai pertandingan ini car.policystreet.com.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI