Peugeot telah memperkenalkan model trak pikap Landtrek Allure dan Landtrek Special Edition (SE) pemasangan tempatan (CKD) sempena acara Malaysia Autoshow 2024.
Landtrek SE didatangkan dengan rangkaian aksesori baharu dan sistem suspensi yang telah dinaik taraf untuk pengendalian sporty.
Pada masa sama trak pikap ini masih mengekalkan nilai jenama tersebut iaitu Allure (tarikan), Emotion (emosi) dan Excellence (kecemerlangan).
Landtrek SE menggabungkan DNA legenda Peugeot pada rekaan dalaman dan luaran untuk membuatkan setiap perjalanan lebih menyenangkan.
Jentera ini menawarkan gabungan ideal di antara ciri-ciri dan keupayaan mengharung apa jua permukaan jalan bersama ketahanan sebuah trak pikap untuk mengharungi laluan sukar serta jalan di bandar.
Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, kedua-dua model CKD di kilang Stellantis Gurun di Kedah dilihat mampu memberi nilai luar biasa kepada pelanggan yang mahukan sebuah trak pikap versatil untuk pengembaraan mereka.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Dibina di berasaskan rekaan Peugeot Landtrek yang dinamik, varian SE baharu diserlahkan lagi dengan elemen dan gaya singa (feline) dengan rangkaian aksesori baharu.
Antara ciri menarik yang ada pada model ini termasuklah peredam pintu belakang, pelekat Landtrek berwarna hitam pada bahagian tepi badan dan lengkung roda hitam yang agresif.
Siluet sisinya kini dipertingkatkan lagi dengan Peugeot Tag Bezels berwarna hitam, visor pintu dan pemijak sisi juga berwarna hitam untuk memudahkan urusan masuk serta keluar.
Pada bahagian hadapan diserlahkan dengan bingkai jeriji kemasan krom bersama sepasang lampu siang LED yang berbentuk taring singa dan diposisikan secara menegak.
Ia turut dilengkapi dengan lampu utama LED sepenuhnya dengan rekaan bampar hadapan yang garang, bersama sepasang lampu kabus dan plat gelincir.
Tarikan sebenar pada model ini terletak pada ruang kargo yang luas iaitu sepanjang 1,630 milimeter dan selebar 1,600mm. Ini membolehkannya membawa sehingga 2 palet bersaiz Eropah atau mengangkut beban seberat satu tan.
Trak pikap yang telah dipertingkatkan ini didatangkan dalam dua warna iaitu kelabu (Rockstone Grey) dan putih (Ceramic White). Rim aloi bersaiz 18 inci itu dibalut dengan tayar jenis all-terrain (A/T) bersama kemasan potongan berlian.
Landtrek SE dijana oleh enjin 1.9-liter Turbo Diesel yang mampu menghasilkan kuasa 150 kuasa kuda pada 4,000rpm dan 350Nm daya kilas di antara 1,800-2,800rpm. Enjin ini disambungkan kepada transmisi automatik Punch 6-kelajuan.
Talaan sistem suspensinya yang telah dinaik taraf merangkumi suspensi dan peredam baharu yang direka untuk menawarkan pemanduan serta pengendalian luar biasa di atas apa jua bentuk permukaan jalan.
Apabila differential lock belakang Eaton diaktifkan dalam mode 4WD, ia mampu melalui apa jua halangan di hadapannya. Sudut mendekat 29°, sudut bergerak 27° serta sudut keluar 25° bersama jarak kelegaan tanah setinggi 235mm membolehkannya mengharungi laluan tidak rata dengan mudah.
Kapasiti mencerun model ini adalah pada sudut 42° dan mampu mencapai tahap menaik sehingga 90 peratus apabila berada dalam mode 4×4.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Tuil mod rotari pemanduan yang versatil itu membolehkan pemandu untuk menukar di antara 2-Wheel Drive Rear (2H), 4-Wheel Drive (4H) atau Four-Wheel Drive LOW (4L) dengan mudah. Mode 4L tersebut direka untuk mengharung laluan mencabar seperti menaiki atau menuruni jalan yang curam.
Rekaan dalaman Landtrek SE menampilkan rekaan papan pemuka yang kemas diintegrasikan dengan ciri-cici ketersambungan termaju. Ia merangkumi sistem inforia bersaiz 10-inci, tiga port USB, teknologi Bluetooth serta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Dilengkapi kamera 360° dengan pemandangan 3D untuk urusan menukar haluan yang optimum, ia direka bagi mengadaptasi laluan di bandar dan off-road dengan mudah.
Ciri baharu Tire Precision Cameras menawarkan pelbagai ciri untuk memudahkan pergerakan pada kelajuan rendah. Pemandu dan penumpang hadapan boleh duduk dengan selesa serta bergaya di atas kerusi berkuasa yang dibalut kulit.
Pemandu dan penumpang hadapan boleh duduk dengan selesa serta bergaya di atas kerusi berkuasa yang dibalut kulit.
Dengan lebar 1,328mm, tempat duduk belakang direka untuk menempatkan sehingga tiga orang dewasa dengan selesa.
Ruang penyimpanan barang di dalam ruang kabin juga cukup luas dengan 27 liter untuk kegunaan penumpang hadapan dan belakang.
Dari segi keselamatan Landtrek SE dilengkapi sistem keselamatan seperti:
- 6 Beg Udara: Pemandu, penumpang hadapan, sisi dan jenis tirai
- Titik ISOFIX
- Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC)
- Peraturan Anti-Gelincir (ASR)
- Agihan Daya Brek Elektronik (EBD)
- Program Kestabilan Elektronik (ESP)
- Kawalan Ayunan Treler
- Bantuan Mula Mendaki
- Kawalan Turun Cenuram
- Sistem Amaran Keluar Lorong
- Kamera 360° diintegrasikan dengan pandangan 3D
Landtrek SE ditawarkan pada harga RM129,124 sementara Landtrek Allure pula berharga RM124,124. Kedua-duanya hadir dengan jaminan selama 3 tahun dan perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.
Ia juga boleh diuji dalam sesi pandu uji off-road eksklusif pada acara Malaysia Autoshow 2024 yang bermula 22 hingga 26 Mei, dari jam 10:00 pagi hingga 8:00 malam.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI