Jenama automotif tempatan, Perodua, tidak menolak kemungkinan akan tampil selaku penaja kepada kelab ‘tersohor’ Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United pada masa akan datang.
Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, Perodua sedang menilai beberapa bentuk penajaan, termasuk hak penamaan kepada baju dan perbincangan itu turut membabitkan strategi untuk meningkatkan kehadiran jenama tempatan di pasaran Eropah.
Katanya, ketika ini, pihak mereka lebih banyak memberi tumpuan dan menaja sukan yang membabitkan permainan berskala kecil seperti golf dan tenis.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
“Contohnya seperti pemain tenis, Novak Djokovic, meskipun sudah berusia tetapi dia tetap berdisiplin mengekalkan prestasi dan itu berkaitan dengan falsafah kami.
“Jika sukan lain, kita perlu melihat dan tunggu masa yang sesuai. Jika ada tawaran rasmi, kami bersedia untuk mempertimbangkan. Baru-baru ini kami dapat surat dari Manchester United dan mereka menyatakan kesudian untuk meletakkan logo Perodua di salah satu baju mereka.
“Seperti bola sepak di Malaysia, kita sentiasa melihat peluang itu dan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia memberi kebaikan dan tidak merugikan mana-mana pihak.
Saya berasal dari Johor dan jika saya sokong JDT (Johor Darul Ta’zim), mungkin saya akan kehilangan sokongan dari pelanggan di Selangor atau Kelantan dan kami perlu berhati-hati siapa yang kami sokong serta taja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan di Kelab Golf Saujana di sini, hari ini.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Selain itu, mereka sentiasa mempertimbangkan segala kemungkinan untuk memastikan sukan itu sentiasa mendapat manfaat daripada tajaan pihaknya.
Sekiranya perkara itu terjadi, Perodua bakal mengikut jejak langkah syarikat automotif Asia lain seperti Chevrolet dari Amerika Syarikat dan Hyundai dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Manchester United.
Malah jika ia dimeterai, kerjasama itu bakal menjadi sejarah baharu bagi syarikat automotif Malaysia dan membuka pintu lebih luas untuk jenama tempatan di pentas antarabangsa. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI