Perodua telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) bagi mendapatkan akses pengesahan pengguna seiring dengan usahanya untuk menambahbaik perjalanan ke arah transaksi tanpa tunai.
MyDigital ID adalah inisiatif Identiti Digital Nasional yang selamat dan dipercayai. Ia dibangunkan bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses yang selamat dan lancar bagi perkhidmatan digital kerajaan serta swasta.
Dengan tumpuan kepada keselamatan dan privasi, MyDigital ID menetapkan penanda aras baharu untuk kepercayaan dan perlindungan dalam dunia mobiliti yang semakin berkembang pesat.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, kerjasama ini adalah yang pertama seumpamanya bagi industri automotif di negara ini.
Memandangkan MyDigital ID bertindak sebagai ‘gatekeeper‘ bagi pengesahan transaksi di negara ini, ia membolehkan Perodua mempelbagaikan lagi perkhidmatan kepada para pelanggan khususnya, dan kepada semua rakyat Malaysia secara amnya.
Beliau berkata proses pengesahan yang dijalankan adalah titik permulaan yang selamat bagi memastikan semua pengguna dilindungi oleh pakar keselamatan siber di negara ini.
Tambah beliau, sejak enam bulan lalu, Perodua telah menjalin kerjasama strategik dengan beberapa syarikat, antaranya Petronas, Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia Bhd bagi menambahkan lagi pengalaman rakyat Malaysia secara keseluruhan.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Semua kerjasama ini akan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada bakal pelanggan dan Perodua mahu pelanggannya berada dalam keadaan selamat.
Sebagai tambahan, Perodua juga menyokong seruan kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai di samping memanfaatkan ciri keselamatan siber yang kukuh yang disediakan oleh MyDigital ID.
Ketua Pegawai Operasi MyDigital ID, Mohd Azuddin Parman berkata, kerjasama strategik dengan Perodua menunjukkan kepentingan peranan identiti digital untuk memacu pembaharuan digital di dalam industri automotif.
Tambahnya, kerjasama ini memperkasakan industri seperti automotif untuk menawarkan pengalaman selamat dan mesra pengguna kepada setiap pelanggan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI