Ini kali ketiga dan mungkin yang terakhir bagi sahabat kami, Theophilus Chin atau Theottle mengubahsuai rekaan Axia (D74A) menjadi beberapa versi.
Kali pertama, Theo telah menjadikannya sebagai Perodua Bezza generasi baharu dan kemudian versi STYLE pula menyusul.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Pakar dalam manipulasi digital itu telah membuat versi yang ketiga dan dinamakan sebagai Axia RS. Menurut Theo, maksud RS itu adalah akronim perkataan “Rasa Sedap“, tapi apa yang pasti ia tak boleh dimakan.
Jelasnya, jika Axia RS ini ‘disumbat’ dengan enjin 1.2 liter aspirasi alami (NA) WA-VE tiga-silinder dari Toyota Agya serba baharu yang menghasilkan output sebanyak 88 PS dan 112 Nm daya kilas sudah tentu ia lebih ‘berdesup’.
Ditambah pula jika ada versi dengan transmisi 5-kelajuan manual selain D-CVT, memang lagi “padu” kan? Dari segi penampilan luaran, Theo telah mengolah reka bentuk jeriji dan juga bampar dengan gaya lebih sporty.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Sekilas pandang, Axia RS ini mirip Honda Jazz RS dan nampak lagi garang berbanding Agya versi GR-Sport. Dari sisi ia dipasang dengan skirt kemasan dwitona, pelapik gerbang tayar untuk memberi visual badan lebar serta rim gabungan warna hitam dan merah.
Badannya juga dijadikan dwitona dengan kombinasi merah serta bumbung hitam, termasuk pada cermin sisi dan spoiler belakang.
Bampar belakangnya juga menggunakan kombinasi dwitona bersama diffuser serta corong ekzos berkembar dengan kemasan krom. Pada kami, Perodua patut mempertimbangkan versi seperti ini pada masa akan datang.
Anda setuju tak?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theophilus Chin@Theottle
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI