ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua akan perkenal EV berharga RM80,000, tapi… kena sewa bateri berasingan

Berita Tempatan

Views

Perodua dijangka memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) berharga sekitar RM80,000, namun dengan konsep berbeza iaitu bateri disewa berasingan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, cara terbaik untuk menawarkan kenderaan berkenaan pada harga kira-kira RM80,000 itu adalah menjualnya tanpa bateri.

“Bateri akan disewa secara pajakan atau “leasing” kepada pembeli,” katanya pada sesi ‘Up Close & Casual with Perodua’ bersama media, semalam

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Menurutnya, melalui cara berkenaan, pembeli akan membeli EV itu tetapi membayar “sewa” untuk bateri kerana ia milik Perodua.

Jumlah sewa itu ialah yang paling minimum dan berdasarkan kajian dijalankan Perodua, ramai yang menyokong cara ini,” katanya.

Menurutnya, secara ringkas, skim pajakan bateri EV oleh Perodua ini menurunkan harga kenderaan dan menjamin pemilik agar sentiasa mendapat bateri dalam keadaan terbaik.

 

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

“Untuk projek EV ini, Perodua menggunakan teknologi yang dibangunkan sendiri dengan bantuan dari vendor-vendor tempatan dan luar negara,” katanya.

Berdasarkan konsep yang akan diperkenalkan ini, pemilik EV akan sentiasa mendapat bateri dalam keadaan baik, kerana ia milik pengeluar dan boleh ditukar ganti sekiranya terdapat sebarang masalah.

Malah, sekiranya terdapat perubahan teknologi bateri, pengeluar kenderaan boleh memberikan bateri dengan teknologi terkini kepada pemilik.

Selain itu, pemilik EV tidak bertanggungjawab atas keadaan bateri dan usaha kitar semula bateri itu terletak di bawah pengeluar. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply