ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penipuan ujian persijilan: Toyota, Mazda hentikan pengeluaran 5 model

Berita Global

Views

Gergasi automotif Jepun, Toyota dan Mazda, menggantung pengeluaran lima model kereta pada Khamis berikutan penemuan amalan penipuan dalam ujian persijilan kebangsaan, susulan pendedahan skandal penipuan yang melibatkan lima pengeluar kenderaan utama Jepun, lapor Xinhua.

Berikutan arahan Kementerian Pengangkutan Jepun untuk menghentikan penghantaran model yang terjejas, Toyota Motor Corporation menghentikan pengeluaran tiga model, termasuk Yaris Cross, di kilangnya di Wilayah Miyagi dan Iwate, dengan penggantungan dijangka sehingga 28 Jun.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Sementara itu, Mazda Motors Corporation menghentikan pengeluaran dua model, termasuk Mazda2, di kilangnya di Wilayah Hiroshima dan Yamaguchi.

Penggantungan ini berlaku selepas Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan mendedahkan bahawa Toyota, Honda Motor, Mazda, Yamaha Motor dan Suzuki Motor terlibat dalam amalan penipuan haram semasa permohonan persijilan pengeluaran besar-besaran mereka.

Dengan kesan gabungan yang besar terhadap rantaian bekalan kedua-dua syarikat, gangguan ini menimbulkan kebimbangan besar untuk ekonomi serantau, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana yang menjadi sebahagian penting dalam rangkaian bekalan, menurut laporan media tempatan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dianggarkan bahawa penggantungan pengeluaran ini menjejaskan lebih 1,000 pembekal untuk Toyota dan kira-kira 300 untuk Mazda.

Menekankan usaha untuk mengurangkan kesan ekonomi, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi berkata bahawa Kementerian Pengangkutan akan mempercepatkan ujian pengesahan pematuhan untuk meminimumkan kesan ekonomi akibat penghantaran yang terhenti.

Baik Toyota mahupun Mazda tidak menyatakan bila pengeluaran akan disambung semula untuk model yang terjejas. – Bernama-Xinhua-Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Getty Images

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply