Pemandu kereta Honda Prelude kuning yang melarikan diri ketika dikejar pasukan Kereta Peronda Polis (MPV) di bandar Kluang pagi tadi sebelum diberkas rupanya ‘tokan’ dadah.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan selepas dikejar sejauh lima kilometer persimpangan Jalan Haji Manan hingga ke lampu isyarat Kluang Mall.
Katanya, sebelum itu, lelaki berkenaan dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan dan gagal memberikan kerjasama ketika cuba diperiksa oleh Pegawai Cawangan Peronda Polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang menyebabkan berlakunya kejadian kejar mengejar.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
“Selepas berjaya ditahan, polis menemui sejumlah dadah jenis heroin dan semakan mendapati tahanan mempunyai 15 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
“Saringan air kencing turut mendapati tahanan positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Bahrin lagi, susulan daripada itu tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan memiliki dan mengedar dadah.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Tambahnya, lelaki itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 44(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan di atas jalan raya secara melulu yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.
“Disamping itu, tahanan juga akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 bagi kesalahan memasukan dadah dalam badan dan Seksyen 307 (KK) bagi kesalahan cubaan membunuh.
“Permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 15 Februari,” katanya. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Jannah Ithnin
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI