ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakar ekonomi saran kerajaan kurangkan subsidi RON95 secara berperingkat

Berita Tempatan

Views

Pakar ekonomi menyarankan kerajaan supaya melaksanakan pengurangan subsidi petrol RON95 secara berperingkat dan bukannya drastik.

Pro Naib Canselor Universiti Kolej Icats Kuching, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pengurangan subsidi RON95 secara drastik bukan sahaja membebankan rakyat malah memberikan kesan negatif kepada ekonomi negara.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Bagaimanapun katanya, pengurangan itu wajar ditangguhkan sementara waktu sehingga sentimen dan keadaan kembali normal susulan kejutan penarikan subsidi diesel secara drastik.

“Kalau mahu tarik subsidi RON95 jangan tarik terus kepada harga pasaran, buat sikit-sikit. Sekarang belum sesuai, rakyat pun masih tidak stabil dan belum bersedia dengan kenaikan harga diesel selepas kerajaan tarik subsidi,” ujarnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sementara itu, pakar ekonomi dan kewangan dari UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, penstrukturan semula pembahagian subsidi adalah langkah penting untuk memperbaiki kewangan negara iaitu dalam usaha mengurangkan hutang kerajaan dan defisit perbelanjaan tahunan negara.

Jelas beliau, data yang diberikan oleh rakyat melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) seharusnya boleh memberikan cadangan jumlah yang sesuai mengikut pendapatan bersih setiap isi rumah dan bukan hanya secara purata seperti diesel.

“Di sinilah kebijaksanaan kerajaan diperlukan untuk memberikan bantuan yang tepat demi kebajikan rakyat,” katanya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply