ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan, Honda mungkin ‘tak jadi’ bergabung?

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta Jepun, Nissan mungkin membatalkan rundingan penggabungannya dengan Honda, menurut sumber yang biasa dengan perkara itu, sambil menambah bahawa ahli lembaga pengarah Nissan akan bertemu dalam masa terdekat untuk memutuskan tindakan.

Perkembangan itu menimbulkan keraguan terhadap kerjasama yang akan mewujudkan pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia dari segi jualan dan menimbulkan persoalan baharu bagaimana Nissan yang terjejas teruk boleh mengatasi krisis terbaharunya tanpa bantuan luar.

Laporan mengenai rundingan penggabungan berakhir menyebabkan saham kedua-dua pengeluar kereta itu lebih tinggi hari ini, dengan Honda naik lebih daripada dua peratus, manakala Nissan meningkat 1.6 peratus berbanding penurunan sedikit dalam indeks Nikkei 225 Tokyo.

Honda, pembuat kereta kedua terbesar Jepun dan Nissan, yang ketiga terbesar, tahun lalu berkata mereka sedang dalam perbincangan untuk menggabungkan perniagaan, menandakan perubahan penting bagi industri yang menghadapi ancaman besar daripada firma dari China, BYD dan pendatang kenderaan elektrik baharu (EV) yang lain.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Namun, perbincangan itu menjadi rumit dengan perbezaan yang semakin ketara antara kedua-dua pihak, menurut dua orang yang biasa dengan perkara itu, yang kedua-duanya enggan dikenali kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Lembaga pengarah Nissan akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan pembatalan rundingan penggabungan selepas Honda menyuarakan supaya ia menjadi anak syarikat, kata salah seorang daripada sumber, sambil menambah bahawa pengaturan sedemikian adalah menyimpang daripada semangat asal perbincangan kedua-dua pihak.

Honda, dengan nilai pasaran hampir lima kali lebih besar daripada Nissan, semakin bimbang dengan kemajuan pesaing yang lebih kecil, kata seorang lagi sumber. Akhbar Asahi Shimbun dari Jepun sebelum ini melaporkan bahawa penggabungan itu boleh dibatalkan.

Jurucakap kedua-dua syarikat tidak mengulas sama ada rundingan penggabungan dihentikan, tetapi berkata mereka akan membuat pengumuman pada pertengahan Februari, seperti yang didedahkan sebelum ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Nissan telah terjejas lebih teruk berbanding beberapa pengeluar kereta lain oleh peralihan kepada EV. Ia tidak pernah pulih sepenuhnya selepas krisis bertahun-tahun yang dicetuskan oleh penahanan dan penyingkiran bekas Pengerusi, Carlos Ghosn pada 2018.

Rundingan itu bertepatan dengan gangguan yang ditimbulkan oleh potensi tarif daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Tarif terhadap Mexico akan menjadi lebih memberi kesan besar kepada Nissan berbanding Honda atau Toyota, menurut penganalisis.

Rakan kongsi jangka panjang Nissan, Renault, berkata ia akan terbuka secara prinsip kepada penggabungan dengan Honda. Pembuat kereta Perancis itu memiliki 36 peratus daripada Nissan, termasuk 18.7 peratus melalui amanah Perancis. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply