Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan pelantikan Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, berkuat kuasa 1 April 2025.
Beliau akan menggantikan Hironobu Yoshimura yang telah menerajui syarikat dengan cemerlang selama tiga tahun.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Dengan pengalaman lebih 25 tahun bersama Honda, Yazaki pernah memegang pelbagai jawatan penting di Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat.
Sebelum ini, beliau berkhidmat di Honda Motor Co., Ltd. di Tokyo dalam bahagian Operasi Pentadbiran Korporat.
Dalam kenyataannya, Yazaki menyatakan rasa bangga dan teruja untuk menerajui Honda Malaysia, yang dianggap sebagai pasaran penting di rantau Asia dan Oceania.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Sementara itu, Yoshimura kini menyandang jawatan baharu di ibu pejabat Honda di Tokyo.
Sepanjang tempoh kepimpinannya, Honda Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut.
Honda Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI