ARKIB

KATEGORI

Buletin

MIIT China dedahkan model Geely Galaxy Starshine 8 PHEV, bakal ada versi kembar Proton e.MAS juga ke?

Berita Global

Views

Foto model sedan Geely Galaxy Starshine 8 PHEV telah dimuat naik ke portal Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China sejak semalam. Pesaing BYD Han L ini akan didatangkan dengan dua pilihan varian.

Model baharu ini bolehlah diumpamakan sebagai versi palam hibrid Geely Galaxy E8 dan juga merupakan prodeuk yang pertama dilengkapi dengan sistem NordThor EM-P. Baru-baru ini, unit ujian model tersebut telah berjaya dikesan di China.

Dari segi dimensi, Galaxy Starshine 8 PHEV berukuran 5,018 mm panjang, 1,918 mm lebar dan 1,480 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,928 mm. Kedua-dua varian memiliki berat tanpa muatan berbeza, iaitu 1,908 kg dan 1,950 kg.

Ia menggunakan tayar 235/50R18 atau 245/45R19, dengan sudut masuk dan keluar masing-masing ialah 13° dan 15°.

Rekaan luarannya menampilkan lampu hadapan yang tirus dan memanjang, disambungkan oleh jejalur cahaya yang merentasi bahagian tengah.

Penderia Lidar bumbung terletak di atas cermin hadapan bersama kamera luaran untuk menyokong fungsi pemanduan pintar. Dari sisi, ia masih mengekalkan pemegang pintu jenis tersembunyi.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Di bahagian belakang, ia dilengkapi lampu belakang jenis lutsinar disambungkan oleh jejalur hitam, manakala bahagian bawahnya dihiasi dengan jejalur merah di kedua-dua sisi.

Ruangan dalamannya dijangka dilengkapi dengan sistem kokpit pintar Flyme Auto sebagai standard untuk keseluruhan siri.

Kuasa disalurkan dari sistem NordThor EM-P yang dibangunkan sendiri oleh Geely, seperti yang ditunjukkan pada lencana di belakang.

Sistem ini terdiri daripada enjin 1.5L model BHE15-BFZ dengan output 120 kW (161 kuasa kuda) dan motor elektrik 160 kW (215 kuasa kuda), dipadankan dengan bateri litium ferum fosfat yang dibekalkan oleh CATL dalam kapasiti 18.4 kWj dan 27.69 kWj.

Julat pemanduan elektrik tulen mengikut standard CLTC adalah masing-masing 104 km dan 161 km. Kelajuan maksimumnya pula mampu mencecah 200 km/j.

Buat masa ini, julat pemanduan komprehensif dan parameter rangkaian kuasa lain masih belum didedahkan. Adakah model ini bakal mempunyai “versi kembar” Proton e.MAS nanti?

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Setakat ini, Proton hanya memfailkan permohonan tanda dagang untuk nama e.MAS 3e.MAS 5 dan e.MAS 7 PHEV menerusi portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah tiga kategori.

Kesemua nama tersebut telah didaftarkan di bawah tiga kategori yang berbeza, iaitu:

  • Kelas 12 di bawah kategori kereta, kenderaan elektrik, automobil motor dan lain-lain.
  • Kelas 16 di bawah kategori bahan promosi bercetak, risalah pengiklanan, poster, gambar, beg barangan cenderahati  dan lain-lain.
  • Kelas 35 di bawah kategori pengiklanan, pengurusan perniagaan, pemasaran media sosial dan membekalkan informasi perniagaan menerusi laman sesawang dan lain-lain.

Tahun lalu, delegasi wakil pengedar Proton e.MAS yang terpilih telah dibawa ke Hangzhou, China untuk melawat beberapa fasiliti yang menghasilkan-model kereta di bawah kumpulan Geely.

Mereka telah dipertontonkan dengan model hatchback kompak elektrik Geely Geome Xingyuan yang dikhabarkan bakal menggunakan nama, sama ada e.MAS 3 atau pun e.MAS 5.

Nama ‘e.MAS 7 PHEV’ pula berkemungkinan besar adalah model kembar kepada Geely Galaxy Starship 7 yang dijana oleh enjin 1.5 liter BHE15-BHF yang menghasilkan 110 kuasa kuda. Ia turut dilengkapi dengan sebuah motor elektrik yang dikuasakan oleh pek bateri litium-besi fosfat (LFP).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Yiche

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply