ARKIB

KATEGORI

Buletin

MGS5 EV diperkenalkan dalam sesi pratonton eksklusif, harga anggaran RM115,000

Berita Tempatan

Views

MG Motor Malaysia memperkenalkan MGS5 EV serba baharu dalam sesi pratonton eksklusif, sekali gus menandakan kemasukan rasmi SUV elektrik segmen-B generasi baharu itu ke pasaran tempatan.

Harga anggaran sebelum yuran pendaftaran dan tidak termasuk insurans bagi MGS5 EV serba baharu adalah RM115,000.

Lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Arctic White, Monument Silver, Camden Grey, Dynamic Red, dan Elegant Latte. Model ini juga dilengkapi dengan kemasan dalaman kombinasi kulit dan fabrik gelap.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Model ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden, menawarkan pemanduan pacuan roda belakang yang menyeronokkan, ruang dalaman luas, pengecasan pantas, dan ciri keselamatan canggih sebagai standard.

Ia hadir dalam dua pilihan bateri, 49kWj dengan jarak pemanduan sehingga 340km dan 62.2kWj dengan jarak pemanduan maksimum sehingga 430km, serta pengecasan pantas (DC) sehingga 150kW.

Menurut Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng, MG S5 EV adalah model pertama yang diperkenalkan oleh syarikat sebagai langkah permulaan dalam lembaran baharu MG di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Ia memberikan gambaran jelas tentang pengalaman pemanduan terbaik dalam kelasnya, dan dibina khas untuk jalan raya tempatan.

MGS5 EV turut dilengkapi ciri seperti sambungan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar, skrin kawalan 12.8 inci dengan kawalan suara, serta sokongan Vehicle-to-Load (V2L).

Varian lebih tinggi pula menawarkan rim 18 inci, bumbung suria panoramik, kamera 360 darjah dan tempat duduk kulit separa fabrik, dan sistem audio premium dengan 6 pembesar suara.

Aspek keselamatan MGS5 EV pula terdiri daripada tujuh beg udara serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply