ARKIB

KATEGORI

Tular

Masalah rumah tangga punca suami simbah petrol dan bakar Toyota Vios milik isteri

Tular

Views

Perselisihan faham dalam rumah tangga dipercayai menjadi punca sebuah kereta jenis Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian di Jalan Tebrau berhampiran sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita tempatan berusia 21 tahun yang juga pemilik kereta terbabit membuat laporan di Balai Polis Majidee di sini jam 1.33 pagi pada Isnin.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Menurutnya, video berdurasi 28 saat yang tular, memaparkan sebuah Toyota Vios warna putih milik mangsa disimbah petrol dan dibakar oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun yang merupakan suaminya.

“Suaminya itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap isterinya selepas berlaku salah faham dalam rumah tangga. Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di jalan tersebut, kejadian berlaku pada jam 10.20 malam.

“Suspek tiba-tiba muncul dengan menaiki Toyota Vellfire dan menyekat kereta yang dinaiki isterinya bersama dua wanita lain serta seorang lelaki. Suspek bertindak menyimbah petrol dan membakar kereta itu sebelum lari menaiki Toyota Vellfire,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Raub berkata, susulan kejadian itu kereta Toyota Vios terbabit terbakar 80 peratus dan kerugian dialami mangsa dianggarkan hampir RM90,000.

“Polis giat mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membuat laporan atau menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan iaitu 07-2182323,” katanya. – Sinar Harian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply