ARKIB

KATEGORI

Buletin

Marygrace kini ahli keluarga terbaharu “Peugeot Lion”

Berita Tempatan

Views

Peugeot Malaysia tampil sebagai sebagai penaja utama hadiah kereta serta penaja mingguan, bersama Calpis Soda, dalam pertandingan nyanyian “One in a Million“.

Marygrace Jane Penserga telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan dan berjaya membawa pulang hadiah utama, iaitu sebuah Peugeot 408 GT.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Dengan reka bentuk berani dan anggun, Peugeot 408 GT amat sepadan dengan suara dan bakat luar biasanya, menjadi simbol kepada kejayaan dan perjalanan kariernya ke dunia glamor.

Keseronokan tidak terhenti di situ. Sepanjang tempoh pertandingan, setiap minggu menyaksikan seorang penonton bertuah memenangi sebuah Peugeot Landtrek.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan tujuh pemenang mingguan dan tujuh buah Landtrek! Trak pikap ini melambangkan semangat pengembaraan dan gaya hidup aktif yang sinonim dengan jenama Peugeot.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Secara keseluruhan, lapan pemenang bertuah kini menjadi sebahagian daripada keluarga Peugeot, membawa pulang kenderaan ikonik yang mencerminkan faslsafah “Allure, Emotion, dan Excellence“.

Sebagai penaja hadiah utama, Peugeot Malaysia terus menyokong semangat, kreativiti, dan impian besar. Menerusi kolaborasi ini, Peugeot meraikan mereka yang berani dan mempunyai impian yang tinggi.

Peugeot Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada Calpis Soda “One in a Million” dan mengalu-alukan kesemua lapan pemenang ke dalam keluarga Peugeot Lion.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply