ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki OKU buta maut digilis tren LRT Titiwangsa

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) buta penglihatan maut selepas terjatuh dan digilis tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.05 pagi.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Katanya, kejadian melibatkan lelaki OKU itu dipercayai berlaku sekitar pukul 7.45 pagi. “Bagaimanapun, identiti mangsa masih dalam siasatan polis.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Ahmad Sukarno berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti mangsa dan punca kejadian.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terjatuh di kawasan rel sebelum dilanggar oleh sebuah tren yang melintasi kawasan tersebut.

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat kehilangan keseimbangan mangsa sebelum terjatuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit @AfiezyAzaman/JBPM KL

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply