Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) memperkenalkan Defender V8 ke pasaran tempatan, model yang menggabungkan warisan lasak Land Rover dengan prestasi luar biasa dan kemewahan moden.
Ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Defender 110 V8 dan Defender 130 V8, model ini mewakili puncak kejuruteraan dan rekaan serba mewah dalam segmen SUV premium.
Defender 110 V8 dipacu enjin 5.0L supercharged V8 dengan 525PS dan 625Nm daya kilas, mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 5.4 saat.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Sementara itu, Defender 130 V8 menghasilkan 500PS dan 610Nm daya kilas, dengan pecutan 0-100 km/j dalam 5.7 saat, sesuai untuk pemanduan di bandar mahupun laluan mencabar.
Antara ciri utamanya ialah empat corong ekzos luaran (quad exhaust) yang menghasilkan deruman bunyi V8 garang, sekali gus menonjolkan kehadiran Defender V8 di jalan raya.
Ruang kabinnya pula ditawarkan dengan konfigurasi fleksibel. Defender 110 V8 menampilkan tempat duduk belakang boleh lipat 40:20:40, manakala Defender 130 V8 mampu memuatkan sehingga lapan penumpang dengan konfigurasi baris ketiga yang boleh diubah suai.
Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan berkata, Defender V8 melambangkan keunggulan kejuruteraan Land Rover iaitu prestasi tinggi, kemewahan dan ketahanan dalam satu pakej.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Pengarah Urusan Inokom & Pengedaran Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz pula menambah, kenderaan ini bukan sekadar SUV berprestasi.
Ia redefinisi SUV mewah, dengan ruang dalaman boleh suai, teknologi moden, dan enjin V8 berkuasa tinggi yang menjanjikan pemanduan luar biasa.
Harga bebas cukai bermula dari RM998,000 untuk Defender 110 V8, manakala RM1.198 juta untuk Defender 130 V8.
Untuk maklumat lanjut dan tawaran khas, hubungi JRLM Ara Damansara di +603-7651 2000 atau layari www.landrover.com.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI