Dah lama tak kemas kini blog, agak sibuk dengan tugas. Nampaknya KIA bakal membuka gelanggang industri automotif untuk tahun 2013 dengan pelancaran model yang dinanti-nantikan, Rio generasi baru tidak lama lagi. Kemungkinan Rio akan diperkenalkan pada bulan ini atau selewat-lewatnya sebelum Tahun Baru Cina jika tiada perubahan disaat akhir.
Saya memang amat berkenan dengan Rio ini kerana rekabentuknya sangat memikat dan nampak seperti sebuah kereta buatan Eropah. KIA Rio untuk pasaran Malaysia akan menggunakan enjin 1.4l dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Harga untuk model ini akan diumumkan semasa pelancaran rasminya nanti. Nantikan kemunculannya!
* berharap untuk berpindah ke hosting & tukar domain name jadi .com tak lama lagi, dah jumpa yang sesuai, tunggu ye… 🙂
IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!
IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!
sebelum ni ada yg kata 4speed? tp bagus la 6speed huhu..
Memang design mantop.. huhu
adakah segmen rio baru ni sama dengan preve h/b?
rio segmen b, preve hatchback segmen c
smart jugak designnye…..cume sya mmg msih sceptical dgn reliability kete korea ni….
zaman dah berubah. skrg KOREA antara negara yg kedepan dlm teknologi. cuma mentaliti perlu diubah. after sales service NAZA maybe bkn yg terbaik d Malaysia
Mmm… design wise mmg menarik. terutama bahagian blakang; simple n clean. X complicated mcm fiesta.
cheers!
bontot yg menarik ala2 golf/conti.. agak2 preve hb boleh challenge x design kia rio ni..