ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen ‘Proton Drive2Believe’ tawar hadiah utama e.MAS 7

Berita Tempatan

Views

Proton melancarkan kempen pandu uji terbaharunya, ‘Proton Drive2Believe‘, yang menawarkan hadiah utama e.MAS 7 serba baharu, serta ganjaran menarik lain seperti kad minyak bernilai RM100.

Orang ramai boleh merebut peluang keemasan tersebut untuk merasai pengalaman memandu model-model petrol Proton yang dijual di pasaran pada ketika ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Berikut adalah cara-cara untuk menyertainya (tertakluk kepada terma dan syarat):

  • Pandu uji – Kunjungi mana-mana cawangan Proton dan nikmati keseronokan memandu mana-mana model petrol yang dijual pada masa ini.
  • Rakam foto dan kongsi – Biarkan pasukan pemasaran cawangan merakam momen pandu uji anda dan memuat naiknya secara dalam talian.
  • Menangi hadiah bulanan – 280 pemenang bertuah bulanan akan mendapat kad minyak RM100 melalui cabutan langsung dalam talian untuk penyertaan yang mendaftarkan kereta.
  • Sasar hadiah utama bulanan! – Pemenang bulanan yang mencipta video 60 saat dan berkongsi pengalaman memandu kereta Proton yang baharu dibeli di platform media sosial sendiri berpeluang memenangi e.MAS 7.
  • Gandakan tuah anda – Finalis yang tidak memenangi Cabutan Bertuah Utama pada pusingan pertama akan dimasukkan ke dalam Sesi Cabutan Bertuah Utama seterusnya sehingga kempen berakhir.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, kempen ini lebih daripada sekadar pandu uji dan pihaknya mahu semua orang merasai kecemerlangan Proton secara langsung.

Tambah beliau, Proton mahu mereka merasai kuasa, ketepatan, dan semangat di sebalik semua kenderaan keluaran syarikat di mana pelanggan boleh pulang sebagai orang yang percaya, Proton bersedia untuk anda semua.”

Kempen ini bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang: https://www.proton.com/en/offers/test-drive-2-believe dan ikuti @ProtonCarsOfficial di media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply