ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton melonjak pada bulan Mac, Saga rekodkan jualan bulanan tertinggi

Berita Tempatan

Views

Proton menutup suku pertama (Q1) 2025 dengan jualan sebanyak 13,918 unit pada bulan Mac, meningkat sebanyak 23.9 peratus berbanding Februari dan 9.6 peratus lebih tinggi daripada bulan yang sama pada tahun 2024.

Bahagian pasaran bagi jualan kumpulan (domestik, eksport, smart, Proton, e.MAS) adalah 19.4 peratus daripada anggaran Jumlah Jualan Industri (TIV) sebanyak 71,596 unit.

Jualan Proton turut melonjak pada suku pertama kepada 35,068 unit, bersamaan dengan 18.9 peratus bahagian pasaran berdasarkan TIV sebanyak 184,652 unit.

Pencapaian ini didorong oleh prestasi jualan yang kukuh merentasi keseluruhan barisan model, pertumbuhan dalam jualan eksport serta sumbangan daripada jualan Proton e.MAS 7 yang muncul sebagai kenderaan elektrik (EV) terlaris di Malaysia.

Jumlah kesemua model ICE Proton mencatatkan peningkatan di semua kategori dengan dua model terus mendahului jualan segmen pada bulan Mac.

Proton S70 terus kekal sebagai peneraju segmen sedan C dengan jualan sebanyak 2,125 unit, meningkat sebanyak 77.5 peratus berbanding Februari, menjadikan jumlah jualan kumulatif tahun sehingga kini (YTD) kepada 4,465 unit.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Proton X90 pula kekal mendominasi SUV segmen-D dengan peningkatan jualan sebanyak 73.6 peratus pada bulan Mac kepada 302 unit, menjadikan jumlah jualan kumulatif tahun sehingga kini (YTD)) kepada 679 unit.

Bagaimanapun, Proton X50 masih kekal sebagai SUV Proton terlaris dengan 1,858 unit terjual pada bulan Mac dan jumlah jualan YTD suku pertama 2025 sebanyak 5,117 unit.

Bagi Proton X70, SUV segmen-C ini telah menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dengan 835 unit terjual pada bulan Mac, meningkat 11.9 peratus berbanding Februari. Untuk Q1 2025, jualannya juga meningkat sebanyak 52 peratus dengan 2,158 unit terjual.

Model ikonik Proton Saga mencatatkan jualan bulanan tertinggi pada bulan Mac dengan 6,154 unit terjual, meningkat 22.5 peratus, sekali gus melepasi paras 6,000 unit buat pertama kali tahun ini.

Proton Persona dan Iriz pula mencatatkan jualan bulanan tertinggi pada bulan Mac dengan masing-masing terjual sebanyak 1,482 unit dan 337 unit.

Dalam segmen jualan EV, Proton e.MAS 7 terus mendahului semua model EV lain dengan jualan sebanyak 797 unit (domestik dan eksport) pada bulan Mac, meningkatkan jumlah kumulatif YTD suku pertama 2025 kepada 1,853 unit.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, jualan bulanan Protonmeningkat sebanyak 23.9 peratus pada bulan Mac, mengatasi pertumbuhan TIV sebanyak 12 peratus, sementara jumlah jualan juga meningkat sebanyak 9.6 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

Jelas beliau, keputusan ini dicapai menerusi promosi jualan agresif yang menawarkan nilai hebat kepada semua pembeli Proton, dan tahap perkhidmatan terbaik dari rangkaian pengedar 3S/4S di seluruh negara.

Tambah beliau, menjelang suku kedua (Q2) tahun 2025, Proton menjangkakan pelancaran berterusan beberapa model baharu yang akan menawarkan pelbagai tawaran menarik.

Operasi eksport Proton terus berkembang pada Q1 2025, dengan jumlah eksport meningkat sebanyak 211 peratus pada bulan Mac dengan 417 unit terjual berbanding Februari.

Hasilnya, jumlah jualan eksport kini 11.4 peratus lebih tinggi berbanding suku pertama 2024, yang diterajui oleh Proton Saga dengan penghantaran sebanyak 410 unit.

Penawaran kenderaan tenaga baharu (NEV) Proton juga telah membantu mengembangkan jumlah eksport dengan penghantaran ke Nepal dan Trinidad & Tobago menjadi penyumbang ketara kepada jualan eksport.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply