Dua kenderaan iaitu sebuah Isuzu D-Max dan Volvo XC60 ‘terkandas’ di pantai selepas tayar kedua-dua kereta itu tenggelam dalam pasir lembut akibat air pasang yang naik mendadak.
Menurut perkongsian di TikTok oleh NurFarhana56, pemilik Isuzu D-Max, insiden bermula apabila dia cuba mengambil jet ski di kawasan pantai, namun, air pasang secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan itu terkandas.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Bagaimanapun, situasi bertambah buruk apabila pemilik sebuah Volvo XC60 yang cuba membantu menarik keluar Isuzu D-Max itu turut mengalami nasib sama apabila tayarnya juga tenggelam ke dalam pasir.
“Mula-mula kereta hitam nak ambil jet ski, sekali air naik laju, lepas tu tayar tenggelam. Datang pula kereta putih nak tolong tarik, tapi akhirnya tenggelam juga. Tak tahu nak cakap,” tulis Farhana dalam hantaran TikTok tersebut.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Kejadian ini menarik perhatian ramai, dengan warganet memberikan pelbagai reaksi di media sosial.
“Dia nak bantu orang, akhirnya dia pula yang kena dibantu. Tak apa, asalkan niat pemilik kereta putih tu ikhlas nak tolong,” kata seorang pengguna, Sai. “Kalau takut dilambung ombak, jangan parkir di tepi pantai,” tulis Afiz pula.
Menurut Farhana, kedua-dua kenderaan tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan dengan bantuan sebuah jengkaut jenis JCB yang tiba di lokasi. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI