Isuzu D-Max terus membuktikan keunggulannya di hati rakyat Malaysia pada tahun 2025 sebagai trak pikap pilihan ramai yang terkenal dengan prestasi cemerlang, penjimatan bahan api, dan tahap ketahanan yang luar biasa.
Dengan permintaan tinggi yang semakin meningkat, Isuzu D-Max kini mengukuhkan kedudukan di tempat ke-2 keseluruhan dalam segmen trak pikap, mencatatkan 18.3 peratus perkongsian pasaran untuk suku pertama (Q1) 2025, meningkat 14 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Lebih menarik, kejayaan ini dikecapi di saat harga diesel naik, dan ketika kenderaan diesel lain berdepan persepsi negatif. Ini membuktikan rakyat Malaysia semakin bijak menilai kelebihan sebenar yang ditawarkan oleh Isuzu D-Max.
“Pembeli semakin menyedari bahawa memiliki dan memandu Isuzu D-Max bukan sekadar soal prestasi. Ia juga tentang kos selenggara rendah, boleh diharapkan setiap masa, dan cukai jalan tahunan yang sangat murah,” jelas Kenkichi Sogo, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia.
Seperti dijangka, Sabah kekal sebagai kubu kuat Isuzu dengan 28.4 peratus penguasaan pasaran. Namun, perkembangan lebih menarik ialah peningkatan jualan di Semenanjung Malaysia, daripada 12.1 peratus (2024) kepada 17.1 peratus pada tahun ini.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Tiga varian utama D-Max iaitu 1.9L 4×4 Auto Premium, 1.9L 4×4 Auto Standard, dan 1.9L 4×2 Auto Plus terus menjadi penyumbang utama kepada 72.7 peratus daripada keseluruhan jualan.
Dua daripadanya juga mencatat rekod menakjubkan dalam Malaysian Book of Records kerana berjaya menempuh 2,004 km hanya dengan satu tangki minyak.
Dengan kos selenggara rendah, penjimatan bahan api luar biasa, ciri keselamatan moden, dan rekaan bergaya, serta cukai jalan bawah RM400 setahun di Semenanjung Malaysia, Isuzu D-Max 2025 menjadi pilihan utama mereka yang inginkan kenderaan lasak, jimat, dan andal.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026a
KOMEN TERKINI