ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Unit ujian Proton X50 FL (facelift) dikesan sedang mengisi minyak di Petronas

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian Proton X50 FL (facelift) lengkap dengan pelitup celoreng telah berjaya dirakam oleh salah seorang rakan pembaca kami bernama Kamal Abdul Jalal baru-baru ini.

Menurutnya, unit ujian X50 FL itu telah berjaya ditemui pada Rabu lalu, semasa sedang mengisi minyak di stesen Petronas, berhampiran dengan plaza tol Subang.

Sama seperti foto intip pada artikel terdahulu, X50 FL akan menggunakan rekaan Geely Binyue L yang telah dilancarkan di China, pada tahun lalu. Jelas kelihatan susunan jejalur lampu LED belakangnya sama seperti Binyue L.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Tambah menarik, ejen perisik Mat Bond mengatakan yang model ini bukan sahaja menggunakan rekaan Binyue L, malah ia turut berkongsi rangkaian kuasanya.

Ini bermakna, X50 FL nanti akan menggunakan enjin baharu 1.5 liter empat-silinder turbo yang mampu menjana 180 PS dan 290 Nm daya kilas.

Menurut Mat Bond, rekaan papan pemukanya dikatakan akan sedikit berbeza dengan versi Binyue L. Rekaan papan pemuka X50 FL dikhabarkan lebih ringkas dan kemas.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Sahabat kami yang sememangnya pakar dalam manipulasi digital, iaitu Theophilus Chin@Theottle juga pernah membuat gambaran awal X50 FL berasaskan Binyue L, tahun lalu.

Difahamkan X50 FL bakal dilancarkan tahun ini bersama-sama model baharu Saga MC3@AMA01, dan sebuah model dari pelantar GMA berkemungkinan e.MAS 7 PHEV  dan juga S70 MC.

Teruskan ikuti laman web ini untuk perkembangan selanjutnya mengenai X50 FL dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kamal Abdul Jalal

Geely Binyue L

Foto kredit Theottle via PaulTan.org

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply