ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 mula tunjuk wajah sebenar, lampu dan jeriji berbeza

Foto Intip

Views
@jordanhibiki New proton saga, chasing for few minutes, drive fast fast wehh 🚗 #newsaga #saga #2025 #saga2025 #comingsoon #newsaga2025 #proton #protonsaga ♬ original sound – Jordan🔆

Ini merupakan tangkap layar daripada video intip terbaharu Proton Saga MC3@AMA01 yang telah berjaya dikesan oleh pemilik akaun TikTok bernama jordanhibiki.

Apa yang menarik, unit ujian Saga MC3@AMA01 kali ini telah mula menunjukkan wajahnya yang sebenar, meskipun masih sarat dengan pelitup penyamaran.

Paling ketara adalah lampu hadapan baharu yang nampak seperti diberikan kemasan gelap (smoked) dengan rekaan lebih memanjang serta nipis dan juga jeriji ‘Infinite Weave‘ baharu yang kelihatan sedikit lebar.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Rekaan hudnya juga agak berbeza dan lekukannya nampak lebih timbul dan menonjol. Walaubagaimanapun, garis profil sisi dan juga belakangnya masih lagi membawa elemen rekaan versi semasa (MC2).

Jika diperhatikan pada bahagian butnya, ia kelihatan lebih tegak dan tidak jatuh/londeh seperti model MC2. Rekaan lampu belakang juga adalah serba baharu dan akan menggunakan jenis LED.

Setakat ini kami masih belum menerima informasi terbaharu mengenai Saga MC3@AMA01, dan dikhabarkan Proton akan terus mengekalkan legasi nama Saga.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Dalam artikel terdahulu, ada ura-ura mengatakan Proton pernah mengadakan pertandingan secara dalaman untuk menamakan model tersebut dengan beberapa cadangan nama, antaranya S30 dan S300.

Namun, difahamkan ia hanyalah untuk memilih jenis rekaan fon (font) yang akan digunakan sebagai lambang/emblem/logo nama Saga nanti, berpandukan contoh nama yang diberikan.

Teruskan bersama kami untuk mendapatkan info terkini mengenai Saga MC3@AMA01 dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit jordanhibiki

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply