ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Lagi penemuan unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 dengan wajah sebenar

Foto Intip

Views

Sekali lagi unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 yang telah berjaya dikesan oleh orang awam dan telah dikongsikan ke aplikasi Whatsapp oleh individu bernama ~ MF.

Difahamkan foto ini dirakam oleh individu lain dan tidak diketahui di mana lokasi ia ditemui. Apa yang pasti, Saga MC3@AMA01 dengan plat perdagangan bernombor B2641A ini merupakan unit yang berbeza, dan bukanlah unit yang ditemui semalam.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Unit ujian Saga MC3@AMA01 ini juga telah mula menggunakan wajah sebenar berdasarkan rekaan lampu dan juga jeriji ‘Infinite Weave‘ dengan reka corak baharu.

Kelihatan juga palang berbentuk busur (Ethereal Bow) di tengah-tengah jeriji yang bersambung dengan lampu hadapan yang dilengkapi lingkaran lampu LED berbentuk bulatan seperti “Angel Eyes” pada model BMW, yang mungkin berfungsi sebagai lampu siang.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Ada ura-ura mengatakan, Saga MC3@AMA01 akan mempunyai dua jenis lampu yang berbeza mengikut varian. Lampu jenis LED dikatakan hanya untuk varian Flagship, manakala lampu jenis halogen pula untuk varian lebih rendah.

Jika anda perasan, kita juga dapat melihat sedikit imbasan yang berbentuk seperti paparan skrin jenis terapung rekaan memanjang, bersambung sehingga ke konsol tengah papan pemukanya, selain kamera ADAS pada cermin hadapan.

Menurut hasil risikan dari ejen Mat Bond, pengeluaran massa Saga MC3@AMA01 dijadualkan pada bulan September, manakala ‘peluncuran‘ rasminya akan berlangsung seawal bulan Oktober nanti.

Teruskan bersama kami untuk info terkini Saga MC3@AMA01 dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ~ MF

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply