ARKIB

KATEGORI

Advertorial

Ini lima sebab mengapa GWM HAVAL H6 HEV adalah model hibrid yang paling MANTAP untuk perjalanan ‘balik kampung’ anda

Advertorial

Views

Pejam celik, pejam celik, sudah beberapa hari kita berada dalam bulan Ramadan. Ini juga bermakna, hanya beberapa minggu sahaja lagi akan berkumandang lagu “Alamak, Raya lagi!”.

Menjadi kelaziman menjelang Hari Raya, tradisi “balik kampung” akan menjadi agenda utama. Sudah semestinya, inilah hari paling istimewa buat semua ahli keluarga, serta sanak saudara untuk berkumpul bersama.

Untuk pulang ke kampung, kita memerlukan kenderaan yang praktikal, selesa, dan jimat bahan api kerana bakal mengharungi perjalanan yang jauh dalam tempoh masa yang lama. Tol pun dah “tak free” macam tahun sebelum ini.

Jika anda sedang mencari sebuah model hibrid, GWM HAVAL H6 HEV sememangnya pilihan yang terbaik buat anda.

Ini lima sebab mengapa model hibrid tersebut menjadi pilihan yang paling praktikal untuk perjalanan balik kampung anda, yang kian dapat tumpuan ramai:

Segak dan bergaya, jatuh cinta pandang pertama

Reka bentuk luaran GWM HAVAL H6 HEV yang segak dan bergaya akan membuatkan ramai ‘jatuh cinta padang pertama’. Dengan gaya rekaan Eropah dan jeriji ‘Star Matrix‘ rekaan geometri yang ‘merelit’, pasti ramai yang ‘teringin nak menumpang’ dan berswafoto.

SUV hibrid ini menampilkan lampu depan LED ultra-terang dan lampu belakang LED mendatar yang meningkatkan kualiti penglihatan pada waktu malam. Jadi, anda tak perlu bimbang sekiranya perlu melalui jalan kampung yang agak gelap.

Ruang dalamannya dilengkapi tempat duduk dengan pelarasan kuasa 8-hala termasuk sokongan lumbar, fungsi ‘Boss Switch‘, tempat duduk hadapan berventilasi dan ergonomik serta bumbung panoramik. “Confirm” tak sakit belakang!

Ia turut dilengkapi dengan paparan inforia bersaiz 12.3-inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, panel instrumen digital 10.25-inci dan sistem audio 8-pembesar suara. Mesti syok layan lagu Raya kan?

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Rangkaian kuasa yang cekap tenaga dan berkuasa!

GWM HAVAL H6 HEV bukan sekadar segak dari penampilan luaran dan dalaman. Apa yang penting sekali adalah prestasi rangkaian kuasanya yang cukup mengagumkan!

Ia dikuasakan oleh enjin turbo hibrid 1.5-liter yang menjana output 243 PS dan 530 Nm daya kilas. Teknologi ‘Dedicated Hybrid Transmission‘ (DHT) membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 7.7 saat. Mantap!

Ia didatangkan dengan mod ‘Parallel Drive‘ yang inovatif, dengan penggunaan bahan api yang rendah pada kadar 5.8L/100km. Ini membolehkan anda menikmati perjalanan sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh.

Lebih membanggakan, pemilik GWM HAVAL H6 HEV sendiri telah berjaya membuktikannya dan merekodkan catatan jarak tertinggi, sejauh 1,204 km hanya dengan satu tangki penuh!

Antara kelebihan GWM HAVAL H6 HEV berbanding dengan model Kenderaan Hibrid Elektrik Palam (PHEV) antaranya:

  • Harganya lebih murah berbanding PHEV kerana baterinya lebih kecil dan tidak memerlukan sistem pengecasan luaran.
  • Ia tidak perlu dicas secara luaran kerana baterinya dicas secara automatik melalui enjin dan sistem pemulihan tenaga.

Jadi anda tidak perlu bimbang tentang “range anxiety” kerana tidak perlu merancang perjalanan untuk mencari stesen pengecasan dan masih boleh mengisi minyak di mana-mana stesen untuk sampai ke destinasi.

Praktikaliti yang ideal untuk perjalanan jauh

Bila nak balik kampung, pastinya praktikaliti sesebuah kenderaan tersebut akan teruji semaksimanya. Manakan tidak, segala benda mahu disumbat ke dalam kereta. Nak angkut ‘buluh lemang’ pun boleh!

Baju nak ber”OOTD Raya” sahaja pun dah lebih dua tiga pasang untuk seorang, itu belum termasuk mereka yang sudah berkeluarga. Ruang bagasi yang besar sememangnya amat diperlukan.

Namun, usah bimbang kerana GWM HAVAL H6 HEV mempunyai kapasiti ruang but 560 liter yang boleh ditingkatkan hingga 1,485 liter apabila tempat duduk belakang dilipat dalam nisbah 60:40. Kalau tak cukup lagi tak tau lah!

Tambahan pula, ia dilengkapi dengan konsol tengah dua peringkat untuk ruang simpanan tambahan, paparan dongak (Head-up Display) untuk pemandu, pengecasan nirwayar, pembersih udara ion negatif dan bumbung panoramik. Kalau terperangkap dalam kesesakan jalan raya pun tiada masalah, santai je!

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Ciri keselamatan yang unggul, melindungi disepanjang perjalanan

Demi memastikan tahap keselamatan yang unggul, GWM HAVAL H6 HEV dilengkapi dengan dengan enam beg udara dan kerangka badan yang dibina menggunakan 71.61 peratus keluli berkekuatan tinggi serta keluli tempaan termo (thermoformed) 2000MPa.

Selain itu, ia juga hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Pembrekan Kecemasan Automatik (AEB)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA) dengan Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Mengundur Auto (ARA)

Dengan ciri-ciri ini, anda akan merasa lebih selamat dan yakin di sepanjang perjalanan.

Ketenangan minda dengan waranti menyeluruh

Pemilik GWM HAVAL H6 HEV tidak perlu khuatir tentang waranti kenderaan mereka kerana ia didatangkan dengan:

  • Waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000km.
  • Waranti sistem  hibrid (HEV) selama 8 tahun atau 1,000,000km.
  • Waranti penuh kenderaan selama 7 tahun atau 200,000km (kecuali bahagian haus dan lusuh).

Bukan itu sahaja, GWM Malaysia turut menawarkan pakej-pakej menarik untuk GWM HAVAL H6 HEV dengan 10,000km perbatuan percuma dan 5 tahun penyelenggaraan percuma, sah sehingga 31 Mac 2025.

Inilah masa yang terbaik untuk mula beralih ke arah mobiliti yang lebih hijau dan mampan, sekiranya anda belum lagi bersedia untuk bertukar kepada kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai GWM HAVAL H6 HEV, layari laman sesawang INI. Anda juga boleh mengikuti akaun Facebook rasmi GWM Malaysia di PAUTAN INI untuk mendapatkan informasi dan promosi terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply