Honda Malaysia menyasarkan untuk menjual sebanyak 83,000 unit pada tahun 2025, dengan matlamat memperkukuh kehadiran dalam pasaran menerusi jangkaan penguasaan pasaran sebanyak 10.6 peratus.
Bagi merealisasikannya, tiga model baharu akan diperkenalkan. Ini termasuklah Civic facelift yang telah dilancarkan pada Januari, serta aktiviti promosi jenama bagi memperluas jangkauan dalam pasaran.
Permintaan yang berterusan terhadap barisan model sedia ada turut mengukuhkan keyakinan Syarikat dalam mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju industri.
Honda Malaysia akan terus memberi keutamaan kepada pelanggan serta menyesuaikan pendekatan mengikut keadaan pasaran.
Syarikat yakin bahawa enjin pembakaran dalaman dan teknologi e:HEV akan kekal relevan dalam pasaran, didorong ole ketersediaan infrastruktur, permintaan pelanggan serta kemajuan teknologi.
Selain itu, Honda telah membuktikan kekuatannya dalam teknologi hibrid yang mendapat pengiktirafan global
dan penerimaan positif.
Model e:HEV Honda juga mencatat pertumbuhan pasaran yang memberangsangkan, menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah jualan kenderaan hibrid di Malaysia pada tahun 2024.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, selaras dengan hala tuju perniagaan Syarikat untuk 2025, pihaknya akan memperkenalkan BEV pertama Honda Malaysia, e:N1.
Selain menawarkan teknologi BEV yang maju, model ini juga memperkenalkan teknologi EV pertama Syarikat di Malaysia.
e:N1 menawarkan keunikan tersendiri yang diyakini mampu menarik perhatian pelanggan, didukung oleh kepakaran Honda dan rangkaian selepas jualan yang luas.
Pengenalan BEV ini merupakan komponen utama dalam strategi perniagaan Syarikat, sejajar dengan pendekatan elektrifikasi Honda diperingkat global serta membina asas kukuh untuk perjalanan elektrifikasi Honda Malaysia.
Ini juga membuka laluan bagi rancangan tiga tahun mereka untuk memperkenalkan tiga model BEV baharu di pasaran Malaysia menjelang tahun 2027.
Selain memperluas barisan produknya, Honda Malaysia turut mengutamakan peningkatan dalam mutu perkhidmatan jualan dan selepas jualan.
Sejak penubuhannya, Syarikat telah membina rangkaian pengedar yang luas, kini merangkumi 104 pengedar yang disokong oleh tenaga kerja yang mahir dan profesional.
Seiring dengan pertumbuhan Syarikat, Honda Malaysia memastikan setiap tenaga kerja sentiasa mengikut perkembangan terkini serta memiliki pengetahuan dan kepakaran untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Dalam usaha menjadikan perkhidmatan lebih mesra pelanggan serta efisien, Honda Malaysia memfokuskan kepada pendigitalan untuk memperkemaskan pengalaman selepas jualan.
Sehingga kini, platform HondaTouch telah merekodkan lebih 430,000 pengguna aktif, sejajar dengan matlamat Syarikat dalam menyediakan penyelesaian digital yang lebih lancar dan cekap.
Honda Malaysia terus berpegang pada falsafah “Powering Progress, Expanding Joy“. Ini sekali gus memperkukuh
legasi Syarikat dengan mempertingkatkan barisan modelnya yang menggunakan enjin pembakaran dalaman dan teknologi e:HEV, sambil mengintegrasikan teknologi BEV secara bersepadu.
Pendekatan ini membolehkan Syarikat kekal sebagai peneraju industri, serta menjadi sebuah jenama yang dikagumi oleh masyarakat, dengan menyediakan penyelesaian mobiliti yang serba boleh, inovatif, dan mampan demi meningkatkan kehidupan masyarakat seharian.
Komitmen ini terbukti dalam prestasi Syarikat pada tahun 2024, di mana Honda Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak 81,600 unit dan menguasai 10 peratus bahagian pasaran.
Pencapaian ini turut mengukuhkan kedudukan mereka sebagai jenama kereta No.1 dalam
Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut.
HR-V, City dan CR-V muncul sebagai tiga model terlaris Syarikat, masing-masing menyumbang 26 peratus, 25 peratus dan 14 peratus daripada jumlah jualan.
Tambahan pula, CR-V, HR-V dan Civic turut menduduki tempat No.1 bagi segmen tersendiri dalam kategori Kenderaan Bukan Nasional.
Menghadapi perubahan dalam industri automotif pada tahun 2025, Honda Malaysia kekal teguh dengan DNA Honda dengan menawarkan model yang memberikan prestasi luar biasa dan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI