ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia buka tempahan model BEV pertama, e:N1 serba baharu – Pelancaran dijangka pada Q2 2025

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) pertamanya, e:N1 serba baharu, secara dalam talian menerusi laman sesawang rasminya.

Pelancaran dijangka berlangsung pada suku kedua (Q2) 2025, dan ini menandakan langkah penting dalam perjalanan elektrifikasi Honda di Malaysia.

e:N1 direka berasaskan falsafah berpusatkan manusia Honda, yang menggabungkan reka bentuk elegan, prestasi menyeronokkan dan praktikaliti seharian. Dari segi dimensi, e:N1 berukuran 4,380mm panjang, dan 1,592mm tinggi dengan jarak roda 2,610mm.

Dibangunkan atas pelantar pacuan roda hadapan baharu e:N Architecture F, ia dilengkapi motor elektrik berkuasa tinggi dan bateri lithium-ion 68.8kWj, menghasilkan 150kW dan 310Nm, dengan jarak pemanduan sehingga 500km (NEDC).

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Model ini menyerlah dengan reka bentuk moden termasuk lampu utama LED penuh, lampu belakang LED yang langsing, serta port pengecasan AC dan DC tersembunyi di bahagian depan, bersama penunjuk pengecasan di atas jeriji hadapan.

Roda aloi dwi-tona bersaiz 18 inci yang eksklusif untuk BEV Honda menambahkan lagi gaya tersendiri pada penampilannya.

Identiti elektrik Honda turut diperkukuh dengan logo “H” putih baharu yang terdapat pada alat kawalan jauh, stereng, penutup pengecas dan penutup rim. Bahagian belakang pula menggunakan gaya tulisan “Honda” baharu untuk memperkukuh imej premiumnya.

Ciri keselamatan turut diberi keutamaan, termasuklah teknologi Informasi Titik Buta (BSI) dengan Pemantau Trafik Silang (CTM), serta sembilan fungsi keselamatan termaju di bawah sistem Honda SENSING.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di https://prebook.honda.com.my atau melalui aplikasi HondaTouch.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi lapan pengedar sah terpilih atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Berikut adalah senarai pengedar Honda terpilih untuk e:N1 di seluruh negara:

No. Wilayah PengedarLokasi
TengahAccord Auto Sdn Bhd Selangor
HZN Cars Sdn Bhd Selangor
Peringgit Sri Motor Sdn Bhd Kuala Lumpur
Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd Selangor
UtaraBan Hoe Seng Auto Sdn Bhd Perak
Vivahill Auto Sdn Bhd Pulau Pinang
SelatanBan Lee Heng Motor Sdn Bhd Negeri Sembilan
Kah Motor Co. Sdn Bhd (Tebrau) Johor

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply