Honda Malaysia telah berjaya menjual lebih daripada 11,300 unit model CR-V generasi ke-6, sekali gus membolehkan SUV saiz sederhana itu meraih kedudukan No.1 dalam segmennya tahun 2024 dengan pegangan pasaran sebanyak 36 peratus.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, sejak dilancarkan pada Disember 2023, CR-V telah menerima sambutan yang sangat baik di pasaran.
Permintaan yang semakin meningkat ini terbukti melalui pertumbuhan luar biasa sebanyak 40 peratus dari tahun ke tahun dalam segmennya.
Lebih menarik, CR-V merupakan model ketiga terlaris dalam barisan kenderaan Honda Malaysia pada tahun 2024.
Pengenalan varian 2.0L e:HEV RS telah merancakkan pasaran dan melebihi jangkaan dengan menyumbang sebanyak 20 peratus kepada jumlah jualan keseluruhannya.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Selain itu, dalam segmen SUV Hibrid saiz sederhana, varian 2.0L e:HEV RS menguasai pegangan pasaran sebanyak 87 peratus.
Tambah Yoshimura, varian petrol turut mencatatkan prestasi cemerlang, dengan varian E muncul sebagai pilihan utama pelanggan, menyumbang 40 peratus daripada jumlah jualan CR-V.
SUV kegemaran Malaysia dipacu oleh rangkaian kuasa generasi baharu 2.0L e:HEV yang menghasilkan kuasa maksimum 184PS dan 335Nm daya kilas.
Selain itu, CR-V juga ditawarkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo yang menghasilkan kuasa maksimum 193PS dan 243Nm daya kilas. Untuk kestabilan yang lebih baik, varian V model ini dilengkapi dengan sistem AWD Masa Nyata.
Model SUV ini menampilkan gaya reka bentuk badan yang sporty dan bergaya yang diserlahkan menerusi jeriji hadapan dengan corak jejaring, lampu hadapan dan belakang LED penuh, serta lampu signal LED berjujukan di bahagian hadapan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Sementara itu, varian mercunya iaitu, e:HEV RS dilengkapi dengan lampu membelok aktif dan jeriji aktif dengan pengatup automatik.
Ruang kabinnya tampil dengan penggayaan yang moden dan dilengkapi dengan ciri premium. Selain pencahayaan ambien (varian V dan ke atas), varian e:HEV RS dilengkapi dengan sistem bunyi premium Bose dengan 12 pembesar suara serta paparan TFT 10.2 inci.
Selain itu, SUV utama Honda ini dilengkapi ruang but serba boleh dengan kapasiti 589 liter apabila tempat duduk belakang ditegakkan, yang boleh diperluaskan sehingga 1,072 liter apabila tempat duduk direbahkan.
Bagi meningkatkan kemudahan ketika memasukkan dan memunggah barang, CR-V turut menampilkan pintu but berkuasa bebas tangan dengan fungsi tutup automatik.
Dari segi keselamatan, CR-V dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termaju, yang merangkumi Honda CONNECT, sistem Honda SENSING yang dipertingkatkan, serta ciri keselamatan tambahan untuk varian e:HEV seperti Suluhan Pemanduan Adaptif dan kamera 360 darjah.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI