ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harmony Auto rasmi Pusat BYD di Hartamas Shopping Centre

Berita Tempatan

Views

Syarikat pengedar kenderaan terkemuka dari China, Harmony Auto hari ini melancarkan Pusat BYD yang pertama di Hartamas Shopping Centre.

Berkeluasan 8,000 kaki persegi, Pusat BYD ini menyediakan pelbagai kemudahan antaranya ruang pameran kenderaan yang cukup luas, ruang menunggu yang mewah, bilik rundingan khas serta ruang serahan kenderaan.

Untuk lebih keselesaan, ruang menyambut pelanggan bagi urusan selepas jualan yang menggabungkan reka bentuk moden dengan proses servis bersambung terus dari tempat letak kereta pusat beli-belah.

Terdapat enam tempat letak kereta turut tersedia di luar, dengan setiap satunya dilengkapi empat pengecas untuk dimanfaatkan oleh pemilik BYD.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Pengurus Besar BYD Asia-Pasifik, Liang Xinyue berkata, pembukaan Pusat BYD Hartamas di Hartamas Shopping Centre ini bukan sahaja membawa aura segar ke pasaran Malaysia, tetapi turut menyuntik momentum baharu dalam memperkenalkan mobiliti hijau di Malaysia.

Tambah beliau, lokasi itu sesuai kerana ia menawarkan kemudahan membeli-belah produk BYD sekaligus urusan servis kereta pelanggan.

Sebagai peneraju global bagi kenderaan tenaga baharu, BYD berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian mobiliti hijau termaju di seluruh dunia.

Dengan sokongan dasar kerajaan yang menggalakkan, pasaran kenderaan tenaga baharu di Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Oleh itu, kerjasama dengan Harmony Auto akan membantu mempopularkan kenderaan tenaga baharu di Malaysia yang sejajar dengan matlamat negara untuk pengangkutan mapan.

Ketika ini, tiga model BYD yang dijual di pasaran Malaysia iaitu BYD Atto 3, BYD Dolphin dan BYD Seal.
Pusat BYD Harmony Auto bakal dilengkapi dengan Pusat Servis dan Alat Ganti yang akan siap pada suku ke-empat tahun ini.

Dengan pusat 3S beroperasi sepenuhnya, Pusat BYD ini akan menjadi pusat 3S pertama yang terletak di dalam pusat beli-belah.

Sempena perasmiannya, Harmony Auto turut menyerahkan 10 unit BYD kepada pelanggan terbaharunya sebagai memenuhi janji penghantaran kereta dalam tempoh segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply