ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga diesel naik, lebih 2,000 pengusaha bas persiaran ‘mula tersepit’

Berita Tempatan

Views

Lebih 2,000 pengusaha bas persiaran dan bas sewaan di seluruh negara berada dalam keadaan ‘tersepit’ berikutan pengumuman kenaikan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus bermula pada Isnin.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusoff berkata, ini kerana kebanyakan pengusaha telah pun menerima tempahan sehingga hujung tahun ini sedangkan kadar tambang ditetapkan mengikut harga diesel RM2.15 seliter.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Sudahlah kategori bas ini tidak termasuk dalam kategori layak menerima subsidi, kini berdepan pula kenaikan harga diesel dan ini sangat membebankan.

“Sekarang ramai pengusaha dalam dilema sama ada perlu menyemak semula kadar tambang ditetapkan atau mengenakan caj tambahan,” katanya kepada Sinar Harian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Mohd Rofik, kebanyakan pengusaha pula telah pun mengambil wang deposit dan mereka bimbang sekiranya menaikkan harga tambang akan berdepan kehilangan pelanggan.

Katanya, untuk isian penuh diesel bagi sebuah bas pada kadar baharu, pengusaha perlu menanggung sehingga RM600 berbanding kadar lama antara RM350 hingga RM400 sahaja.

“Jadi saya mohon sangat kerajaan supaya pertimbang perluaskan Program Subsidi Diesel Budi Madani kepada semua kategori bas kerana mereka juga pengangkutan awam,” ujar beliau. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply