ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM TANK 300 tiba di Pelabuhan Klang, bakal dilancar pertengahan Julai

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia menerusi satu kenyataan media baru-baru ini, mengumumkan ketibaan ‘gerombolan’ GWM TANK 300 di Pelabuhan Klang.

Model SUV off-road ini bakal dilancarkan secara rasmi dan diserahkan kepada pelanggan pada pertengahan Julai nanti.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

GWM TANK 300 telah dinobatkan sebagai ‘juara’ segmen SUV off-road untuk 41 bulan berturut-turut di China. Model dengan rekaan luaran gaya lasak ini telah menerima penarafan 5-Bintang dari ANCAP.

Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej penyelenggaraan percuma selama 5-tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) untuk 300 pelanggan terawal.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, pemilik pertama GWM TANK 300 akan menerima waranti enjin dan transmisi seumur hidup dengan perbatuan tanpa had. Pada pelancaran rasmi, para pelanggan juga akan menerima ganjaran misteri.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi berkata, Seperti biasa, memberikan perkhidmatan dan ganjaran yang luar biasa telah menjadi salah satu amalan teras GWM untuk memaksimumkan kepuasan dan kepercayaan pelanggan terhadap jenama ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply