ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM catat jualan lebih sejuta unit pada 2022, tumpu kepada tenaga baharu

Berita Global

Views

GWM telah berjaya mencatat jualan globalnya sebanyak 1,067,523 unit pada tahun 2022, sekali gus melepasi angka satu juta selama tujuh tahun berturut-turut. Sebanyak 173,180 kenderaan telah dijual di pasaran luar China, meningkat 21.28 peratus tahun ke tahun, mencecah rekod tertinggi.

Model HAVAL telah berjaya dijual melebihi 610,000 unit kenderaan dan mula memasuki pasaran tenaga baharu menerusi beberapa model seperti H6 HEV/PHEV dan Jolion HEV pada tahun lalu.

Kenderaan tenaga baharu ini telah dilancarkan di Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Australia dan pasaran lain. Di Thailand, GWM telah menyerahkan lebih 13,000 unit kenderaan kepada pelanggan dengan HAVAL H6 HEV kekal sebagai peneraju dalam carta jualan SUV Segmen C selama 15 bulan.

Model Pickup pula telah terjual melebihi 180,000 unit kenderaan dan sehingga kini jualan globalnya telah melebihi 2 juta unit. Model mewah, POER Shanhai (untuk pasaran China) telah dilancarkan dengan versi HEV dan PHEV.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

GWM turut mencatatkan prestasi baik di pasaran Eropah menerusi WEY dan ORA yang disokong oleh Forest Ecosystem. ORA telah berjaya menggondol anugerah “Kereta Elektrik Bandar Terbaik” di UK.

Kumpulan pertama WEY Coffee 01 akan dihantar kepada para pelanggan di Eropah dalam masa terdekat. Baru-baru ini, Euro NCAP telah mengumumkan yang model tersebut bersama ORA telah memenangi anugerah terbaik dalam kelasnya pada 2022.

Di rantau ASEAN, GWM mula mengembangkan sayapnya ke Malaysia menerusi pengenalan ORA GOOD CAT pada November 2022. Model ini telah dianugerahkan sebagai “Pendatang Baharu Yang Paling Dinantikan Tahun Ini” oleh Carlist.my Editors’ Choice Awards – Car of the Year 2022.

Kereta yang mendapat banyak maklum balas positif ini dijual pada harga RM139,800 untuk 400 Pro dan RM169,000 untuk 500 Ultra.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

GWM juga mengumukan strategi 9-dalam-1 untuk mengeluarkan 9 model dalam tempoh 3 tahun, menyaksikan Malaysia sebagai salah satu kuasa utama pasaran kenderaan elektrik di rantau ASEAN. Buat masa ini, GWM telah mempunyai tiga pengedar sah yang terletak di Glenmarie, Puchong, Pulau Pinang dan Johor.

Ia menawarkan bantuan tepi jalan 24-jam menerusi syarikat insurans panel dilantik mereka serta gudang alat ganti yang dibina di Shah Alam.

Peningkatan kenderaan tenaga baharu dan pengembangan pasaran global telah meningkatkan kedudukan dan kesedaran jenama dalam pasaran yang berbeza. Data VFACTS menunjukkan, GWM mengatasi prestasi BMW dan Tesla dengan pertumbuhan jualan 36.2 peratus di Australia.

Sebagai jenama baharu di Brazil, GWM telah dicalonkan untuk anugerah “Pengilang Auto Terbaik 2022” oleh AutoData, sebuah institusi penyelidikan industri automobil.

GWM merancang untuk melancarkan lebih daripada sepuluh kenderaan tenaga baharu pintar di seluruh dunia pada tahun 2023, memfokuskan kepada “ONE GWM” untuk menyediakan pengguna global pengalaman mobiliti hijau berkualiti tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply