ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely dan DeepSeek lengkapkan integrasi model AI untuk perkasakan kereta pintar generasi baharu

Berita Tempatan

Views

Pada 6 Februari lalu, Geely mengumumkan bahawa model kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkannya sendiri dan model R1 dari DeepSeek telah melengkapkan integrasi untuk “mentakrifkan semula interaksi manusia-komputer dan pemanduan pintar dalam kereta pintar” serta “secara bersama mempromosikan populariti teknologi AI dalam bidang kereta pintar.”

Seterusnya, Geely akan menjalankan latihan penyulingan pada model kawalan kereta Xingrui FunctionCall AI dengan DeepSeekR1.

Penyulingan adalah kaedah latihan di mana output daripada model AI yang lebih besar dan maju digunakan untuk melatih serta meningkatkan model yang lebih kecil.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Geely melancarkan model AI Xingrui pada 11 Januari sebagai “model AI berskala besar pertama di dunia yang dibangunkan sendiri sepenuhnya dalam industri automotif.” Xingrui merangkumi tiga model asas, iaitu bahasa, multimodal, dan kembar digital (digital twin).

Kerjasama ini tidaklah mengejutkan kerana penggunaan teknologi seperti pengkomputeran awan dan AI untuk meningkatkan daya saing kenderaan tenaga baharu (NEV), termasuk prestasi serta pengalaman pemanduan yang lebih diperibadikan, telah menjadi salah satu trend utama dalam industri automotif China.

Perlu diingatkan bahawa Geely telah mengumumkan strategi “Smart Geely 2025” untuk mempercepatkan pelaksanaan teknologi AI terkini seperti model interaksi suara hujung ke hujung, casis digital AI, dan pemanduan pintar yang lebih maju.

Baru-baru ini, pengerusi bersama CATL, Pan Jian, berkata di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, bahawa industri kenderaan elektrik China sedang berubah daripada “EV (kenderaan elektrik)” kepada “EIV (kenderaan elektrik pintar).”

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Pada pandangan beliau, elemen “I” (intelligence/kecerdasan) tidak dapat dipisahkan daripada pertumbuhan pesat pasaran EV di China, dan pertumbuhan ini berpunca daripada integrasi sempurna antara “elektrik” dan “kecerdasan.”

“Elektrik menjadikan kecerdasan satu kemungkinan, dan pengguna dapat menikmati ciri baharu yang tidak dapat ditawarkan oleh kenderaan berenjin petrol.”

Pada Januari 2025, Geely mencatatkan jumlah jualan sebanyak 266,700 unit kenderaan, meningkat 27 peratus berbanding bulan sebelumnya dan 25 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara khusus, jualan NEV adalah sebanyak 121,100 unit, mencatatkan peningkatan tahunan sekitar 84 peratus. – CarNewsChina

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply