ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua koperal cedera, MPV polis dirempuh Honda City

Berita Tempatan

Views

Dua anggota polis berpangkat koperal cedera selepas kereta peronda (MPV) dinaiki mereka dilanggar kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan – Persiaran Bestari di Shah Alam, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 malam itu, dua anggota polis yang masing-masing berusia 33 tahun luka di bahagian tangan dan muka serta bengkak di kepala.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati MPV polis sedang menuju ke pusat komersial Seksyen 7 selepas menerima panggilan kecemasan berkaitan kes pergaduhan.

“MPV yang sedang melintasi persimpangan tersebut dalam keadaan memasang siren dan lampu suar (beacon light) telah dilanggar di bahagian sisi kiri oleh kereta jenis Honda City yang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Akibat pelanggaran, pemandu serta penumpang MPV polis mengalami luka di tangan dan muka serta bengkak di dahi dan kepala telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu Honda City berusia 24 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Mohd. Iqbal menegaskan, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zaharizul Zamri ditalian 019-3229097 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply