Meskipun ‘total lost‘ akibat kemalangan, namun harga bagi sebuah kereta model pasaran domestik Jepun (JDM) model Nissan GT-R R34 masih lagi tinggi.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook seorang pengguna dikenali sebagai Samuel Lee Wei Phung berkata, harga bidaan kereta dengan kondisi ‘total lost‘ terbabit adalah kira-kira 6 juta yen atau bersamaan RM170,000.
Menurutnya, harga tersebut belum termasuk cukai dan pelbagai caj lain sebelum kereta itu boleh dibawa pulang oleh pembida yang bertuah.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
“Guys, harga bid (bidaan) GTR34 di Jepun sekarang. Kereta total lost hancur chasis tengah.
“6,000,000 yen atau bersamaan RM 170,000 belum campur tax (cukai) 10 peratus dan macam-macam fee (caj). Ngeri dunia JDM sekarang,” tulisnya.
Difahamkan, model tersebut adalah salah satu model ikonik bagi peminat JDM dan ia bukan sahaja digilai peminat di Jepun, malah ia terkenal di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengakui model tersebut umpama ’emas’ dan harganya mencanak naik ketika ini.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Malah dakwa mereka, jika kereta tersebut dalam keadaan asal kilang dan semua aksesorinya juga tulen, harga boleh mencecah jutaan ringgit.
“Patutlah member aku kata GTR ni kat sana mereka kata khazanah yang berharga, dari depan sampai belakang semua laku. Bukan Malaysia je yang cari ni seluruh dunia, dah barai macam ni pun harga meninggal lagi,” tulis Haliff Nahar.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohamad Azri Zulkifli.
“Kereta kat Jepun rasanya bukan orang Malaysia je bida, orang Eropah, US pun dah mula main JDM. Mereka currency (tukaran wang) lagi besar berbanding yen, berapa la sangat duit mereka kalau convert (tukar),” katanya. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Autrey McVicker
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI